The first experience
20:53:00
Assalamualaikum :)
okay. semalam.aku dari pagi sampai lah ke petang duduk belajar dekat metro. tau tak metro ape? alaa.. yang metro driving school academy tu.. kat situ semua orang tahu kot metro salah satu tempat kita belajar memandu. tengok ciket gambar kat atas tu. itu first time lah aku test drive! errr masa nak tunggu giliran nak bawak kereta punya lah excited. haih.. bila dah dapat bawak lagi ar. aku buat macam kereta tu aku yang punya.. *ishpoyobetul kidding lah. time aku memandu tu aku selalu dapat positf komen yer. rasa bangga pulak. bila drive kita kena enjoy, jangan gelabah-gelabah sangat. hahahaha.
pada mulanya aku tak dapat nak pergi metro tu sebab tak ada transport, ayah pun tak nak hantar. dan aku pun macam tak ada lah nak pergi sangat sebab.. surat yang aku dapat kat sekolah pasal ceramah memandu tu macam tak best jer. kalau ayah pun tak nak hantar, sebab kerja nanti balik ngan siapa pulak kan.. so aku pun simpan je lah surat kebenaran ke metro tu dalam beg. hahaha. pastu aku tak tahu pun ada aktiviti test memandu and menunggang. sebab kat kertas tu dia tak kate pun pelajar boleh cuba memandu dan sebagainya. kalau aku tahu memang aku cari transport untuk aku pergi jugak metro tu. siapa tak nak test memandu ye dak? kalau generasi y macam aku ni antara yang dioarang impikan adalah lesen memandu. bila lepas SPM mesti nak cakap pasal lesen. nak amik bila lah, lesen motor ke lesen kereta?
aku pergi hari sabtu. aku dapat pergi pun sebab kawan aku mesej kul 8:20 pagi tanya nak pergi tak? kalau nak pergi dia boleh amik. Okay.. kalau orang dah pelawa aku on jer. aku pun bersiaplah standby duit yuran. RM10.90 *termasuk gst hahaha. so sampai je pukul 9.15 pagi macam tu lah. budak sekolah aku yang pergi 5orang je, semua perempuan. yang ramai budak dari smk seksyen1 bandar kinrara kira satu bas. yang amik dorang bas metro tu sendiri . by the way dulu aku pernah tinggal kat bandar kinrara. so paling seronok dapat jumpa kawan lama! dah lama tak contact. tak sangka dapat jumpa. siapa tak seronok dapat jumpa kawan lama kan.. total pelajar ada 59 orang. tak silap aku ada 4buah sekolah kot.
bila semua dah sampai.. kitaorang pun dengar ceramah dari pukul 9 hingga pukul 10 pastu makan pagi dalam 15 minit je. lepastu sambung dengar ceramah lagi sampai kul 1tghari. and semua makan tengahri pulak and solat zohor. sesi ceramah tu dah tamat. kira masa ceramah tu kita dengar pasal berapa jumlah kemalangan di malaysia dalam setahun. and ada cerita pasal yuran nak amik lesen. ada lagi macam-macam pasal keselamatan bawak kereta semua. so kira hari yang aku pergi tu aku amik kursus memandu.. bila dah kita pergi kursus. next year aku tak perlu pergi kursus terus pergi amik ujian komputer tu. jimat masa kat situ. kira tak rugi lah aku pergi.
tunggu giliran nak drive. budak laki bukan nak bgi perempuan drive dulu. > < |
the next activity. aku pun dapat lah drive bawak kereta! yeahhh.. walaupun baru 16tahun. :D yang rugi aku tak dapat bawak motor sebab dah hujan :( hurmm.. rugii.. takpelah yang penting dapat bawak kereta. hahahaha. aku dapat bawak kereta proton iriz auto yer. semua pelajar test bawak kereta auto. senang je lah nak bawak kereta auto ni. rasa ringan je. seronok je. time aku drive ada 3orang kawan aku duduk belakang. ada kawan aku yang siap rakam aku bawak kereta. hahaha.. aku ni pun suh sent video kat whatsapp. bila tengok diri sendiri time drive aku senyum-senyum jelah. hahahaha.. rasa lawak pun ada. sebab aku bawak laju mengejut kawan kat bekang menjerit. hahaha boleh panik aku tapi aku cool je. hahaha eceh... aku rasa macam main game je. seronok dpat drive.
lepas dah habis aktiviti memandu and menunggang.. ada acara penyampaian sijil. ngan hadiah dari metro. baik dioarang ni kan.. aku dengar ceramah pun tak bosan, sebab uncle bagi ceramah tu sporting betul.! kalau dengar dia bercakap tu tak ngantuk lah..
tamat sudah. sesi bergambar ;) ini dah jadi kenangan manis buat aku. mesti rindu punya. |
nak nunggu ayah amik balik umah. jam pul dah kul 6.30ptg. bila kol ayah nak balik, tetiba ayah kate nak amik dari office pulak tu. |
okay bye bye.. aku nak solat isya. nak siap kan barang-barang sekolah. thanks for reading yaa
2 00 Comments
Alhamdulillah..dapat pengalaman..best tu..
ReplyDeletehaah.. :)
Delete