Wednesday, 21 February 2018

Antara kenangan 2017


holla gais, Assalamualaikum!

tengok lah berapa lama tak jenguk blog nih! sorreyh.. okay okay, sekarang ni dah ubah suai sikit blog, boring tengok template lama. so saja lah ubah template yang simple ni. usaha sendiri mendeco blog ni. okay tak? entah lah, asalkan orang boleh baca. yang penting tak serabut. 
actually, sha nak cerita sedikit pasal suka duka sha selama 2017. ha korang pun mesti lah ada kisah sendirikan? macam sha tahun 2017 ni macam macam sha lalui dengan jumpa ramai orang baru, kisah sha dengan someone yang dari dulu tak contact tetiba tercontact balik 😁 and banyak lagi lah.

so, tahun 2017 adalah tahun yang agak mencabar jugak gais. tahun 2018 ni masih awal so tak tahu lagi drama apa yang akan lalui lepas ni. harap harap segala urusah tahun ni dipermudahkan. Aamiin.

okay start kisah 1 
sha masih baru, sangat baru gaissss. baru nak kenal dunia luar macam sha ni ibarat baru terlepas dari sangkar emas. amboi.. lelebih ja. lebih kurang lah. dulu sha ni mana nak keluar sangat dengan kawan kawan gi outing jejauh kesana kemari. cause bila sha nak keluar ayah yang bawak. hujung minggu ja keluar ngan family. itu dah cukup menghilangkan kebosanan tau. cuti panjang ja pi jejalan. tak terperap pun lelama. bila dah masuk uni. i want more. okay. maksudnya macam bila kengkawan ajak gi sana sini sha join. ikut ja selagi rasa benda tu tak salah and u rasa selamat. yang penting pandai jaga diri. but apa ur parents fikir? risau right? and diaorang akan marah u. macam sha memang teruk kena cuci ngan mama sha sebab ikut kawan sha jenjalan kat Cameron Highland. hehehehe.. nakal sangat, actually sha bagi je tahu kat ayah, but mama sha tak bagi tahu sebab sha tahu mama sha tu macam mana. mesti dia marah punya. but sha degil. 
lepastu sha dah kena marah, sha merajuk dan tak nak balik. almost sebulan lebih tak balik sebab takut punya pasal. pastu ayah pujuk suh balik. and tadah je telinga tu, nanti mama baik lah. but still takut duh! okay akhirnya sha balik. and u gais know what? my mom tak cakap apa! tak bebel tak apa. pelik pulak. aik kenapa tak marah. sebenarnya dia rindu kat anak dia ja. sebab lama tak balik, pastu kisah sha naik cameron tu dah sebulan ceritanya. tapi masa kat u orang call tak angkat, mesej tak reply, merajuk lelama gak mama tu. bila balik she's fine. lepastu tak ada dah rasa takut pesemua. okay ja sembang semua.
tak semestinya my mom diam dia suka apa anak dia buat. memang dah kena warning okay! sampai sha pun takut tak nak buat lagi. pegi cameron cause jalan dia pun dah bahaya. kat situ je sha dah kira amik risiko tau. fikir fikir lah sebelum bertindak. 

so yang bakal nak keluar dari sangkar macam sha ni.. lelagi dapat study jejauh tu jaga lah diri bebaik, takut apa yang tak elok jadi kat awak pulak. sebab u study jauh parents jauh, pandai pandai lah bawak diri, selama sha belajar 1 sem ni ada ja sebaya sha ni tak reti bawak diri sampai hilang nyawa ngan quit study. siapa sangka? sangat takut bila kita tak pandai behave kat  luar. pilih kawan pun kena jaga jaga tau, tak semua orang boleh jadi kawan kita. choww dulu. Assalamualaikum!

Thursday, 1 June 2017

Interview

Assalamualaikum πŸ˜„

hye, best pulak dapat update blog dengan laptop baru. kehkehkeh..πŸ˜… riaknya weh! okay okay, point dia bukan dekat laptop baru sekarang, but nak cerita pasal interview kat UiTM Shah Alam. sebab sha ada pilih course senibina time isi borang online UPU tu, actually, memang cita-cita sha nak jadi achitect, tapi ada sebab-sebab sebelum ni yang buat sha lupakan hasrat nak jadi achitect masa belajar form 4 & 5. sha tak boleh bawak subjek science stream dulu lepastu tukar kelas seni. its because tak amik subjek science stream tu ramai kata sha tak boleh nak jadi achitect.😟 idk la sejauh mana tak boleh jadi tu kan? so, sha amik je seni. nanti nak pilih course kat Uni.. amik je lah fine arts.πŸ’’

masa isi borang online UPU tu, memang pilih ikut urutan berdasarkan minat, and of course  la.. tengok result SPM kan.. jangan suka hati je pilih, memang course senibina, perancangan & ukur jadi pilihan pertama dan kedua di UiTM dan seterusnya course yang sama tapi di Politeknik pulak. pilihan pertama sha - Perancangan Bandar/ Town Planner,  kedua interior design. dua course ni memang ada interview. emm.. pada mulanya, leceh lah interview bagai ni kan.. takut je pilih, kang pegi interview takut tak dapat. maklum lah, sha bukan pandai becakap pun, lagi-lagi dengan orang yang tak kenal. lepastu dalam tempoh menunggu keputusan tu, sha update update jugak lah tengok bila tarikh panggilan temuduga. sambil tu, research banyak-banyak pasal apa tu perancangan bandar, even sebelum pilih course tu dah selidik. tetiba sha terpanggil untuk menghadiri temuduga, memang lah happy pada masa yang sama berdebar jantung ni! apa lah aku nak jawab time interview nanti, lepastu cepat-cepat la search pasal pengalaman orang pi temuduga course senibina ni kan.. dorang kata ada ujian melukis. sha pun melukis la, test dulu kat rumah. lepastu baru ada sesi temuduga dengan pegawai/lecturer. sha dapat lecturer lelaki, dia nampak macam dah lama sebab dia tua. so soalan dia memang sha tak terfikir lah. time tunggu giliran tu, my another friends kebanyakan memang ada standby satu ayat perkenalkan diri yang dorang dah susun dalam kertas and dorang hafal 
semestinya ramai yang bawak portfolio dorang, but me? tak bawak. even dah ready portfolio tu dekat rumah sebelum interview. tapi memang lecturer tu tak tanya pun pasal portfolio. if nak tunjuk tunjuk lah.. orang kata ni bonus.πŸ‘

its because, sha fikir kita bukan tahu apa orang tu nak tanya nanti, time tu je rasa macam confident jelebih. bila masuk nak kene interview ngan lecturer tu.. hamek kau.. berterabur ayat, elok-elok dah susun ayat dalam kepala panjang-panjang untuk perkenalkan diri.. tetiba jawab pendek je jawanpan, sampai lecturer tu pun macam "itu je?" pastu dia banyak bagi soalan 
- awak boleh perkenalkan diri awak (kau cerita lah nama kau apa, umur ke, adik beradik ada berapa, anak keberapa, tinggal kat mana, apa kau suka,, cita-cita and so on lah.)😏
- apa kelebihan diri awak? (time ni kau puji lah diri kau, tanpa perasaan, tak payah nak malu-malu)
- apa kejayaan yang awak dah capai sebelum ni?
- apa yang awak tahu pasal course ni? (sebab tu penting kene selidik pasal course tu) *soalan wajib
- kaitkan isu semasa dengan course ni. 
- apa pilihan kedua, ketiga awak?

*time interview tu, jangan nak pandang-pandang bawah ke tepi ke tingkap ke.. pandang muka orang yang tengah soal kau tu, fokus! itu penting. kang dia tengok kau pandang-pandang tempat lain dia pun malas nak tanya kau banyak soalan, sebab kau tak fokus.😠😠



jawapan tu kena bagi panjang sikit lah,, dia tanya dalam bahasa inggeris. ayat sha pun terabur lah jugak. apalah yang aku merepek ni. faham ke tak faham tah lecturer ni?  tawakal je. pastu sha cakap lah, sha memang minat dengan course senibina ni. walaupun kerja susah, sha sanggup, ewahh... bab puji diri sendiri tu lagi tak boleh blah, muka lecturer tu takde ape pun, tapi cuba bayangkan kalau kawan korang kat situ, aku rasa kalau dorang dengar mau dorang nak termuntah, mata juling keatas.. semua ada.😝

end of story, sha dapat jugak sambung belajar diploma course perancangan bandar. tak sangka pulak!😁 sambil menunggu result UPU tu sha sambung Form 6 tapi sempat dalam seminggu lebih je. lepastu dapat tawaran ke UiTM terus angkat kaki. hehehehe..πŸ˜‹ now sha, dah jadi warga UiTM Sri Iskandar, Perak. memang dah tahu mesti dapat kat Sri Iskandar, sebab course senibina memang dorang akan campak kat situ kebanyakan. masuk UiTM 20hb Mei.. seminggu je kat sana untuk sesi orientasi. lepastu 26hb dah boleh balik cuti seminggu nak menyambut puasa ni. 5hb Jun sha dah start kuliah. buat masa ni sha belum masuk sem 1, sebelum sem 1 orang panggil sesi interim kita akan belajar 3 subjek - english, agama, dan study skills. and ada test sikit.. pastu bulan 9 ni baru masuk sem1.. πŸ’– wish me luck korang.. even baru seminggu kat sana, macam-macam orang dan macam-macam perangai dah nampak. hidup kat Uni ni memang tak leh lah nak bergantung sangat dengan roomate ke kawan biasa ke.. yang paling penting cari kawan betul betul..😟 ini pesanan dari cousin sha, niat pun kene betul ye. jangan ada niat tak baik. niat nak belajar, kerana Allah.. ha.. macam tu.😊. ok sampai sini je  nak cerita. bye, AssalamualaikumπŸ’•

Wednesday, 26 April 2017

Hulu Langat : Ajlaa Village Resort

Assalamualaikum πŸ’–

cuti seminggu bulan 3. lepas je cuti di Cameron.. sha dengan family sha pergi pulak Hulu Langat. tak jauh pun dalam selangor je. so search la mana-mana tempat penginapan dekat Google tercenta! ewah..! cari punya cari.. jumpa la Ajlaa resort ni, memang sesuailah, sebab adik nak lepaskan gian dia yang dah lama tak memancing tu. resort tu pun ada sediakan kolam ikan.. kira bilik-bilik penginapan dikelilingi dengan kolam ikan yang cantik. best lah dah tangkap ikan lepastu bakar ikan.. buat bbq. suasana pun kampung-kampung kan.. tapi resort ni bukan lah terletak di area sebelah sungai air terjun tu.. resort ni atas bukit ye anak-anak.. hehehe 😜

Cameron Highland

Assalamualaikum πŸ‘€

hari tu lagi kata nak sambung but tak jugak. lambat sangat.. sebenarnya elok je cerita ni tergendala dalam draft. hehehehe.. asyik tak sempat je nak update! so, ini kira nak pendekkan cerita jelah jalan-jalan kat cameron. lepas je pergi ladang teh boh aritu.. terus kitaorang check in hotel Cameron Golden Hills. hotel tu baru je lagi dibuka di depan pasar malam baru cameron highland. kalau nak gi pasar malam tu memang jalan kaki jelah..πŸ’– apa pun cepat je dah malam.. sampai kat cameron tengahari.. lepak kat ladang teh sampai ke petang.. malam shopping pulak kat pasar malam. gambar pasar malam tu pulak I tak ada amik hehehehe.. syok sangat dapat shopping mana sempat nak pegang camera.. esok paginya selepas sarapan.. kawan ayah bawak kitaorang jalan-jalan di Strawberry Farm yang dekat area  Rose chalet tu.. jalan-jalan makan ais krim starwberry pagi-pagi beli souvenir


Sunday, 12 March 2017

Cameron Highland : BOH Sungai Palas Tea Centre

Assalamualaikum 😊

4/3/2017 sha ngan family pergi naik ke Cameron Highland. sebab ayah ada perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah ayah dulu. so, kitaorang pun join sekali. bertolak 3hb jumaat. balik hari ahad. 
dari Simpang Pulai ke Cameron .. tempat pertama sekali kita orang singgah adalah dekat al mashoor strawberry farm minum teh kat situ.. sebenarnya nak turun pi tandas, alang-alang tu rest lah kejap. lepas tu, terus ke ladang teh BOH. yea~ sebenarnya tak pernah lagi kesini. selalu pergi dekat cameron valley tea house je.  dah ada kat sini  gambar ladang je lah kita amik banyak. hehehehe..


Copyright © | All Rights Reserved | By Aishah Badrul 2012-2018