Cara aku : Penjagaan kulit muka.

11:32:00

Hai, dan Assalamualaikum !


*tengok gambar. agak-agaknya apa yang aku buat dengan muka aku ni ye? okay, aku akan share salah satu benda yang aku buat dan aku dah dapat pun keberkesanan dia. tapi aku tak tahu lah kalau korang yang nak mencuba ni jadi ke tidak. keberkesanan tu ada atau tak mungkin bergantung pada kulit kita :) take a note yaaa.. 

kalau nak tahu aku ni banyak jerawat yang halus-halus. kira jerawat pasir atau dikenali jerawat nasi. geli sebenarnya nak sebut nama jerawat ni. tapi jerawat ni jugak lah yang menetap kat muka aku. seriously muka aku nampak kusam plus kasar tau tak? buat aku rasa malu je. jangan lah cakap aku tak ada perasaan. tiap kali orang tegur aku nampak tua lah, muka banyak jerawat lah makan hati jugak lah! *memang ada keyh orang tegur macam2 pasal jerwat aku. sob sob sob.. hahaha.. releks. kali ni aku dah jumpa jalan penyelesaian dia. tapi aku rasa bersyukur jugak lah sebab jerawat aku tak besar dan teruk macam sesetengah orang. baru-baru ni aku ada try satu produk nak hilang parut kat muka. ofcourse lah kalau ada jerawat lepastu tangan ni gatal gak nak pegang jerawat plus nak picit. lepas tu tinggalkan parut pulak. bila dah try produk tu.. Allah saja yang tahu apa yang aku rasa. bertambah jerawat di muka saya.. but still tabah. ikhtiar dengan macam-macam DIY pakai itu ini. Alhadulillah ini salah satu cara yang berkesan. okay! let's begin..

1. Ubat Gigi



okay aku tahu kat rumah korang mesti ada ubat gigi kan! hahaha mesti lah ada.. tapi kita perlukan ubat gigi yang perisa dingin tu. bukan budak-budak punya yang rasa manis tu. hehehe. 
caranya, just letak sikit ubat gigi tu kat jari lepastu sapu kat tempat jerawat korang.
korang try la sebelum nak tidur. biarkan satu malam. esoknya basuh jerawat korang tu dah kecut or dah hilang! tak kisah lah besar ke kecik ke jerawat tu ia nya berkesan. aku kalau datang bulan ada je jerawat besar datang hinggap kat muka. tapi aku tak pernah picit jerawat besar ni takut beranak pinak pulak dia kat muka aku. cukup lah jerawat halus tu meranakan aku kehkehkeh.. peringatan.. jangan terlebih galak pakai tau.. dia boleh buat kulit kita kering.

2. Serbuk kopi dan Lemon


selama aku pakai bahan ni memang aku  dapat kesan yang memang muaskan bagi aku. tak ada masalah dan senang hati aku nak buat tiap-tiap minggu. ini kira scrub aku. kita tak boleh nak cuci muka pakai pencuci muka biasa je kan.., pakai scrub kat muka pun kena juga selain kat badan :) hasil dari scrub ni muka aku rasa lebih licin dan segar. toner kulit pun sekata. biasa lah kalau time sekolah muka aku yang bertutup dengan tudung nampak cerah. yang terkena sinaran mata hari gelap lah. bila dah pakai scrub ni Alhamdulillah warna kulit kembali normal malah rasa lebih cerah sikit. whitehead aku kurang and blackhead aku memamg tak ada. kalau rajin pakai scrub ni jerawat kecil yang halus ni pun serius aku kata ianya berkurangan.. aku yang selalu menelek muka ni tahu lah perubahan dimuka aku. kira licin lah lepas buat skrub ni. rasa macam tak sama je dengan tekstur kulit sebelum ni yang kasar tu. hehehe..

bahan dia seperti di atas.. hanya memerlukan serbuk kopi. dan air perahan buah lemon. korang campur kan bahan ni. ikut kuantiti yang korang nak. aku buh sikit je. macam satu sudu kecil serbuk kopi dan air perahan pun 2sudu kecil je pun dah cukup. tak nak membazir lah katakan.. kalau nak buat banyak-banyak pun bila simpan scrub ni akan kering. 
korang just perlu gosok kat muka. jangan terlampau kuat sudah lah takut luka pulak jerawat kan.. peringatan! maybe pakai scrub ni agak pedih. disebabkan air perahan lemon tu. korang nak mencuba kena lah berani! lagi pun sekejap je pedinya. korang kipas-kipas lah muka tu kasi scrub tu cepat kering kat muka. aku suka pakai scrub ni berjam-jam dalam 2-3 jam gitu. sebab hasilnya lebih baik. aku pakai scrub ni time aku tengok movie.. kehkehkeh. by the way, walaupun aku ni ada jerawat yang halus kat muka. siap ada luka lagi.. bila aku pakai scrub ni memang pedih tapi ianya tak lah pedih sangat.. aku rasa boleh ditahan lagi.

3. Bungan Tanjung


okay tengok gambar macam nak review produk je. *siap ada tanda harga pulak! hehehe. selain scrub DIY serbuk kopi dan lemon tu. aku pakai scrub Bunga Tanjung ;) scrub ni korang boleh pakai kat badan jugak. tapi aku pakai kat muka je.. cara dia aku pakai macam pakai bedak sejuk, letak serbuk tu kat tapak tangan sikit lepastu buh air sikit. gosok-gosok kat muka tunggu sampai kering. kalau pakai scrub ni memang elok. aku memang dah lama pakai scrub ni sejak form 2 lagi. lepas tu form 3 tak pakai dah. sebab habis. dulu aku ada beli satu kotak kat Mydin sebab murah. bila dah berhenti pakai, aku ni pulak suka tukar produk pencuci muka habes la muka aku naik jerawat. sekarang aku sambung pakai balik. Alhamdulillah dengan izin Allah muka aku dah makin pulih jerawat pun tak naik. yang ada pun nak kecut dah.

4.Ambil Wudhu


wudhu ini boleh memberikan kita ketenangan kan? selaian itu, wudhu ni bagus jugak untuk kulit muka. sekarang ni aku dah belajar kurang kan pakai cleanser! entah lah sebab aku rasa pencuci muka ni sebenarnya tak ada lah banyak kebaikan untuk muka. aku pakai pun kadang-kadang je. sampai tahan 2-3 bulan lah. muka aku ni kurang berminyak.kalau aku rasa nak bersihkan muka aku lepas bangun tidur or time mandi pagi tu. aku amik wudhu ataupun guna daun teh. kalau kita solat fardhu 5 kali sehari, 5 kali kita bersihkan muka kita. 

5. Teh Hijau



korang tahu green tea? ala teh hijau lah. aku sekarang mengamalkan minum teh hijau. untuk dapat kan kulit wajah yang OK gitu.  selain minum teh hijau ni, aku buat  scrub! kenapa lah aku ni suka sangat pakai macam-macam scrub? sebab aku rasa best kot dengan keberkesanan pakai scrub ni. hehehe. pakai scrub teh hijau ni senang je weh, lepas minum teh tu, uncang dia jangan buang, kita amik dia punya daun tu gosok kat muka. lepas tu bilas lah muka tu. selain pakai kat muka, time mandi pun boleh gosok kat badan hilangkan semua daki-daki yang melekat tu. adik aku, sepupu aku pun ada yang amalkan pakai scrub teh hijau ni. elok tau untuk kulit korang. *kalau tak ada teh hijau pun tak apa, guna teh biasa pun boleh ;D

6. Moisturizer

kebiasaannya, sebelum pakai make up ke, sebelum tidur ke, selepas pakai scrub ke, aku akan pakai moisturizer. aku pakai moisturizer aloe vera ni je. elok untuk muka, lagi-lagi muka yang berminyak tak boleh kawal tu.

7. Bedak Berubat.


kat rumah aku dua-dua bedak ni aku ada. mana-mana je aku pakai. elok lah untuk kulit kita. aku sapu kat muka bila duk rumah. kalau nak keluar kemana pun aku pakai jugak. bila aku pakai bedak ni luka jerawat aku semakin sembuh. 

itu saja perkongsian pasal penjagaan kulit aku. harap perkongsian ni dapat bagi manfaat kat korang ;) Assalamualaikum..

You Might Also Like

21 00 Comments

  1. waa, rajinnyaa buat scrub tuu. hehe, boleh try gak ni

    ReplyDelete
  2. Memang gigih betul dia. Heheeh.. Ima pun ade masalah yang sama. Tambah lagi, tona kulit yg tak sekata.😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. time cuti je ada masa sbb tu gigih hahha.. btw thanks for comment :D

      Delete
  3. banyaknya idea awak kongsi. thankss!macam nak cuba teh hijau dan kopi lemon pnye scrub,. hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh tak sangka pulak yang bedak berubat boleh buat jerawat hilang selama ni pakai sebab ruam di badan ja , thanks sharing ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je :) suka je pakai sebab dia kasi jerawat ni kecut. kulit pon OK. :D

      Delete
  5. Nak buat jugak diy tapi malas tahap tak boleh nak kawal hahahaha.Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. Nak buat jugak diy tapi malas tahap tak boleh nak kawal hahahaha.Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  7. Macam best aje... macam nak cuba aje.. hehe.. シ

    ReplyDelete
  8. thankssss for tips. teringin nak try serbuk kopi and lemon tu :D

    ReplyDelete
  9. hehe..baru tau ade scrub kopi + lemon tu

    ReplyDelete
  10. wah skrub serbuk kopi :-)

    ReplyDelete
  11. Good sharing... cikla,singgah sini lagi2 ni...

    ReplyDelete
  12. boleh cuba produk shaklee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jugak merasa guna produk shaklee tapi untuk kurus punya hehehe

      Delete
  13. Yuk ketahui manfaat dari minyak bulus yang ampuh dan sangat berkhasiat untuk perawatan wajah. Cari tahu juga minyak bulus asli untuk cara menghilangkan jerawat baik yang sudah kronis.

    ReplyDelete