10 Question dari aNabiha's

19:01:00


Assalamualikum! Salam Maulidur Rasul  :D
okay, dengan internet yang slow ni aku amik kesempatan yang ada untuk jawab soalan dari Kak aNabiha :) Sebelum tu terima kasih sebab tag kita. hehehe.. aku tengok soalan dari kak aNabiha ni boleh tahan gak haaa.. 

1.Perkara paling jahat yang pernah korang buat? Prank kengkawan ke?

Honestly, Prank tu tak pernah buat langsung :) paling jahat pun aku rasa aku tipu kawan aku je, dia ajak aku pergi join dia ikut lawatan sekolah, tapi sebenarnya aku tak ada duit nak join lawatan tu. untuk tak nak buat dia kecewa aku cakap kat dia awal-awal aku dah hantar borang persetujuan ibu bapa dekat cikgu hehehe.. lepastu kawan aku yang lain bagi tahu kat kawan aku yang aku tak pegi sebab tak ada duit. dia cubit lah aku.. err sakit bhai.. >_<
2.Kalau makan aiskrim suka makan dengan cara macam mana?  Kalau aku, aku suka makan aiskrim dengan buah strawberry dan nyata kan perisa kegemaran



aku suka makan aiskrim macam mana? aku suka makan aiskrim dengan taburan kacang and perisa kegemaran aku adalah vanila. emm.. nikmat weh, tengah panas ni.. macam teringin pulak :p
3. Pendapat tentang orang yang suka mencarut...

aku sebenarnya paling tak suka orang mencarut lebih-lebih ni. kalau dia cakap sekali je boleh diterima lagi. kalau berkali kali ! err.. aku sound dah.. hehehe, sound pun budak bawah aku jela berani. kalau dah jenis suka mencarut + sebati dalam mulut dia, cakap sikit mencarut, cakap sikit mencarut. memang aku aku tak pandang la.. nak respect apa tah lagi.. :( jadi aku nak nasihat kan lah pada orang yang suka mencarut tu, sedar lah bahawa kata-kata mencarut awak tu akan kena kat awak, bukan kat orang lain tau siap dapat dosa free lagi. :P mohon sedar
4.Kalau anda gemuk, anda suka tak? Atau cuba nak kuruskan kembali badan?

bagi usia aku ni, aku tak nak gemok kalau boleh, dan aku tak suka badan aku nampak gemuk.. hehehe..  sekarang pun dah naik berat badan, mesti lah aku nak kembali ke berat badan yang cun! bukan apa, kalau dah kahwin nanti berat badan naik tau, lepastu buncit. takkan lah belum kahwin aku nak biar kan badan aku nampak macam mak orang? err.. memang tak la. hahahahah..

5.kalau diberi RM1 juta nak buat apa dengan duit tu?

aku memang suka shopping :D tapi kalau dapat duit sebanyak tu, memang rumah aku beli dulu sebab sekarang rumah mahal :(

6.Rumah idaman?

Rumah idaman aku.. kalau boleh rumah yang macam dalam gambar ni hehehe.. rumah kayu atas bukit, lepastu boleh nampak pemandangan yang jauh teringin weh.. tapi aku tak mampu.. :( nama pun rumah idaman kan.. susah sikit lah nak dapat. hahahaha.

7.Pendapat tentang umat Nabi Muhammad s.a.w. pada zaman sekarang?

ermm.. susah gak nak jawab. umat Nabi Muhammad s.a.w. sekarang ni dah makin teruk. dengan faktor-faktor tertentu. apatah lagi orang muda yang kurang atau tak langsung amik tahu tentang agama Islam :( yang selalu nampak sekarang, ramai yang habis kan masa dengan gadget.. kawan-kawan, kerja dan lain-lain. sampai kan solat dan ibadat-ibadat lain tak buat. usaha dakwah pun kurang.. Jadi, kita yang telah menjadi umat akhir zaman ni. kena banyak melakukan amal ibadat dan memperbaiki ibadat kita :) dan paling penting jaga maruah Agama Islam kita :)

8.Macam mana nak earning duit?

dengan nufnang? dengan berniaga? dengan bekerja? soalan ni memang aku tak pandai jawab sebab aku tiada pengalaman buat duit.. sorry :) mintak duit pandai ler hehehe

9.Apa yang patut aku tambah dalam blog ni?

Kak aNabiha.. kena tambah social media link. instagram, twitter ke, facebook?

10.Tahun 2016 ada dekat mana? Buat apa?

Ada dekat rumah dan mungkin tidur ^.^   *sebenarnya tak bape paham dengan soalan ni.
Selesai menjawab soalan dari kak aNabiha :)


 Soalan Dari aku pulak!
1. apa movie kegemaran korang?
2. perangai orang yang macam mana korang paling tak suka? dan nyatakan 2sebab.
cth:orang yang suka mencarut sebab dia..?
3.warna kegemaran korang? dan macam mana korang boleh suka warna tu
4. berapa orang SAHABAT korang? kenapa orang tu dikira sebagai sahabat korang?
5. Pernah bergaduh dengan adik beradik? selalunya bergaduh sebab apa?
6. Pilih nak masuk pintu Syurga atau pintu  Neraka? apakah amalan nak masuk pintu yang korang pilih? bagi 6 amalan yang korang buat untuk masuk pintu yang korang pilih.. :)
7. Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yang sihat? senaman apa yang korang buat?
8. Jika tiba hari jadi korang? apa yang korang ingin kan masa hari jadi korang tu?
9. kalau korang disuruh untuk menyampaikan dakwah.. siapa yang korang nak dakwahkan dulu?
10.Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni? kalau ada bagi la tahu ^.^

mangsa aku ialah... :

Selamat menjwab :) dan jangan lupa lepas dah jawab soalan aku tinggalkan link kat Cbox atau pun kat komen.. la senang.. Assalamualaikum !

You Might Also Like

5 00 Comments

  1. thanks Anis sebab sudi jawab... abaikan utk soklan last tu... hehe, tak ingat sebab apa boleh tertanya

    ReplyDelete
  2. Uish soalan dia...maut sungguhlah!
    takpe kita cuba jawab..nah jawapannya...^_^!
    http://yuhaadie.blogspot.my/2015/12/q-10-jawapan-untuk-blogger-aishah.html

    ReplyDelete
  3. thanks for the tag :) here's the answer. hehe

    http://ohthrillers.blogspot.my/2015/12/tag-answers-part-1.html

    ReplyDelete
  4. Thanks for tagged me. Done answering it. Sorry lupa nak inform. Haha :)

    http://fiqadira.blogspot.my/2015/12/tagged-again-by-aishah-qairina.html

    ReplyDelete
  5. ehh suka aiskrim vanila berkacanggg jugekk..sama kita haha

    ReplyDelete