Holiday : Pulau Pinang Part III
12:36:00
Assalamualaikum :)
Nak sambung balik cerita but internet rosak pulak.. kehkeh. Ini pun dah bape hari tak jenguk blog. Wifi pun pakai jiran punya.. okay! tunggu masa je nak publish cerita pasal Holiday dekat Pulau Pinang yang terakhir ni. hari tu dah cerita kat mana aku penginap sekarang aku nak cerita aku pi mana. hehehe. sebenarnya tak banyak tempat yang best aku pergi. sebab stay kat Penang tu 2 hari satu malam macam tak cukup :( siapa setuju?
okay, Kalau dah stay kat Batu Ferringhi.. mesti lah nak teringin nak makan tepi laut. time sampai je Batu Ferringhi terus singgah gerai laksa tepi jalan. mengadap laut. sedap pun sedap :D laksa penang la katakan..
kalau nak tahu aku ni kira hantu kuey teow nak jugak la merasa kuey teow sup. hahah sedap pun sedap jugak. jangan kata dua mangkok ni aku punya sorang tau, aku kongsi ngan adik-adik aku jugak.
Adik aku tengok orang mandi kat laut ni diaorang macam exited nak mandi jugak. apa boleh buat duduk je la atas batu.rendam kaki. huhuhu..
Alang-alang ada kat Penang rugi la tak beli Jeruk Madu Pak Ali.. mama aku le beria nak sangat en.. dia beli nak dalam RM60 ringgit.. aku just amik asam boi dengan serbuk asam! emm.. memang teringin makan asam boi sebab dah lama tak merasa.. bila makan tu nikmat sungguh la..
serbuk asam dia pun sedap! balik umah gi pasar malam cari jambu batu hehehe..
Haaa.. aku nak share jugak la pasal orang kat Pulau Pinang tu camne. ini pasal orang yang berniaga di Penang yang tak ada kat KL or tempat lain maybe?
aku pergi makan kat Padang Kota. *sorry tak ada gambar* well maybe orang-orang yang berniaga kat gerai Padang kota tu tahu kitaorang seFamily ni pelancong :) nak nak nampak keluarga kitaorang besaq.. apabila kitaorang duduk saja kat meja. dalam satu minit gitu sorang-sorang peniaga mai kat kita orang macam serbu meja kitaorang ni. haih.. pelik dak? bagi aku pelik la. sebab biasa nya kalau kita pergi kat tempat macam tu, nak makan pun bangun sendiri amik order sendiri je.
Sumber: Google Image.
and lagi satu, masa last day kat Penang, mama cadang nak pi Komtar selepas solat Jumaat. aku gi Komtar nak shopping le. sekali jalan dalam Kompleks Tun Abd Razak. masa dalam satu kedai beg kat sana.. perniaga dalam kedai tu serve kitaorg baik punya. hahaha. kalau masuk kedai tu nak tengok-tengok saja tak bole aku rasa, nak kena beli jugak. macam tu lah kat tempat lain. but biasanya, kalau kat KL ni aku nak beli, beli la tak di push pun oleh pekedai suh buat pilihan. *harap faham*
lepastu, dah habis jalan-jalan shopping dalam Komtar, kitaorang orang nak pergi cari Penang Street Art puas la mencari tak jumpa-jumpa, lepastu bukak google map. time ayah nak pegang fon dia bukak GPS, ayah aku berhenti tepi jalan.. depan kereta ayah aku tu ada satu kedai runcit kecik. time duk cari lokasi tu, ada 2orang dari kedai tu datang kat kereta. kitaorang cuak gila. lepastu ayah aku terunkan lan cermin kereta. lepastu orang tu tanya "Assalamualaikum.. nak beli apa-apa?" heih.. sabar je la. buat suspen je orang kedai tu. lepas tu ayah aku kata "*jawab salam* tak ada". ayah try la tanya Penang Street Art kat mana? diaorang tak tahu, lepas tu diaorang panggil bos diaorang keluar kehekeh.. bos diaorang kata dia pun tak tahu Penang Street Art tu macam mana, yang dia tahu belakang Komtar je. dah sampai lokasinya nak cari parking payah pula sebab traffic jammed. nak masuk ke Penang Street Art tu jalan kaki. lepastu tengok cuaca punya tak baik. Punah harapan begitu saja.. hujan pulaaaaaa! Dalam hati hanya Allah saja yang tahu. kira Penang Street Art tu tempat terakhir kitaorang nak pergi kat Penang tapi tak kesampaian.. hari pun dah nak petang, apa lagi ayah aku buat keputusan nak balik ler, *nangis dalam hati*
Okay sampai sini je cerita aku kat Pulau Pinang :) sorry kalau ada yang tak paham aku cerita. hehehe.. apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca. Assalamualaikum!
3 00 Comments
uish laksa penang! sedapnya. mihun sup tu kenapa banyak sangat dia punya daginggg. terliur sangat!
ReplyDeleteKan.. memang sedappp : D
Deletebestnyaaa!
ReplyDelete