Kita perlu jaga hati kawan
12:30:00
Asslamualaikum gais, hari ni kita nak bercerita
pasal 'kawan'
kawan ni ada macam-macam jenis perangai right? ada kawan yang jenis kalau kau tak buat salah apa-apa kat dia, tapi dia buat kau rasa macam kau ada buat salah kat dia. lepas tu tak tegur kau satu hari. pelik tak? lepas tu ada pulak kawan jenis suka merapu tahap dewa and ada jugak yang suka buat mood kau down, bila kau bagi pendapat dioarang buat donno! heih.
selama aku berkawan ni.. aku nak share la pengalaman aku macam mana aku layan kawan aku yang macam-macam jenis perangai.
first! sekarang ni biasa lah orang suka buat punchline tak menjadi kekadang aku blur. terutamanya kawan lelaki lah. diaorang buat lawak ada je yang aku tak bape nak paham. kalau dengan kawan lelaki ni aku just terus terang je aku cakap aku tak paham dengan lawak diaorang. automatik diaorang akan terangkan balik, and baru lah aku gelak.
second. aku ada je kawan yang suka ber'mood dingin'. terus terang aku cakap, aku tak layan eh, kalau dia nak tarik muka nak apa ke.. aku memang tak layan. kalau 'kawan baru' perangai macam tu aku akan tanya lah kenapa mood kau tak okay. tapi bila dah lama kawan, lepas tu problem pun susah nak cerita kat orang memang aku buat tak tahu.
okay ketiga? alah, aku ada je kawan 'suka kutuk belakang' tapi kita nak buat macam mana? buat tak tahu je lah. bila dah kutuk kita, kawan jugak ngan kita dengan muka tak tau malu hohoho! ada ye kawan jenis macam ni..
ke empat. aku ada jugak kawan yang jenis, perlukan aku masa susah je, senang dia lupakan aku. err.. kekadang sakit gak hati ni. ini ke namanya kawan? kekadang aku ni serba salah nak buat baik ke tak dengan kawan yang macam ni. tapi kalau kita tak tolong dia or tak dengar masalah dia, kesian pulak.
kelima, kawan yang suka buat mood aku down! hahaha ni memang aku tak boleh tahan, jujur aku cakap aku ni bukan orang yang suka merajuk lama-lama karang sendiri yang rugi betul tak? situasi dia macam ni, kau bagi pendapat kau, tapi diaorang tak bagi apa-apa reaction pon. panas hati den weh! ada jugak bila korang berhujah atau kasi teguran secara baik dan lemah lembut, kawan korang macam tak boleh terima then dia balas "yela weh.." dengan muka sposen. paham tak? hahaha.
keenam, kawan yang berpura-pura baik depan kau, err itu nak still dipanggil 'kawan' ke? bila kau kenal dia macam baik je. tapi sebenarnya ada je hasad dengki tu. hasad dengki tahap macam mana tu tak tahu lah. manusia ni macam-macam perangai kan, kita tak tahu dalam hati dia macam mana. kalau ada kawan macam ni aku just ignore je.
ketujuh.. kawan yang suka kawan sendiri. er ni memang tak boleh bla. hahaha. kalau aku dalam situasi macam ni aku akan cuba jangan rosakkan hubungan kawan or persahabatan tu. tapi kalau memang dah tahap serius gitu apa salahnya. hahaha gatai norr..!
kesimpulannya gais.. tak kisah lah macam mana teruknya kawan kita tu, bagi aku kita layan je dia baik-baik :) jangan sampai nak bermusuh-musuh la.. tak baik! mungkin kawan kita kureng kasih sayang, kita pun tak tahu problem hidup dia macam mana. jadi untuk rasa lebih tenang dalam menghadapi kawan yang macam gini.. kena banyak berdoa pada tuhan. doa untuk lebih tabah dan doa untuk kawan-kawan kita. lepas tu senyum je ;) inyaAllah boleh! bila orang tengok kita baik then kita buat baik dekat orang. insyaAllah orang akan baik dengan kita.
*semua ni pasal kawan kan? kita kena tahu kawan tak sama macam sahabat. kalau sahabat tu memang till jannah le.. tak banyak masalah macam 'kawan' ada paham?
itu saje yang aku nak cerita. kalau ada yang terasa minta maaf. apa yang aku cerita berdasarkan pengalaman dan kisah orang terdekat aku, terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum :D
4 00 Comments
Yup , There's so many kind of behaviour some of them are kind or the type that we called "sombong" but If someone who make a good example in front of them in shaa Allah they will see and also follow that example. :)
ReplyDelete- Syamsid Blog -
.
yes, thanks for comment :)
ReplyDeleteMcm2 perangaikan..Kita xde kwn sngt
ReplyDeleteCheery kalo Kwn pelik2 ni cheery ignore ja. Eceh buruk perangai hahaha
ReplyDelete