Dalam mood Holiday.

17:21:00


Assalamualaikum :) selama sebulan aku cuti ni kan. aku just nak share apa yang aku buat. hahaha. aku akan share benda yang baik-baik je yer. semestinya aku tak kemana-mana.. rumah aku dalam keadaan tidak baik (renovation). selama aku duduk rumah ni aku menghabiskan masa lapang aku dengan menelek muka aku yang ada jerawat ni. buat facial sendiri kat umah. nanti aku ada time aku akan bagi tahu aku buat ape dengan muka aku ni. so kalau dapat cuti lama ni aku mula lah mengidam novel. tapi aku ni susah nak pilih novel yang betul-betul berkenan kat hati. kalau baca online tengok cover tak best pon aku tak nak baca. mengada tak? tapi kalau kawan kasi pinjam or review pasal novel yang dia beli. aku baca je lah tanpa banyak songeh. 

bila dah bosan sangat cover novel tak berkenan kat hati pun aku bantai je lah baca. nasib baik best. ada satu novel aku baca dalam ilham karangkraf app. cuti-cuti ni je aku boleh download ilham krangkraf sebab boleh baca novel online. novel yang aku baca paling sedih setakat ni ialah novel cinta untukku. terus rabak mata aku nangis tengah malam baca novel tu. geram dengan hero and heroine punya pasal. memang emo betul. aku ni baca novel malam-malam je senang. sebab malam rasa tak terganggu sikit hehehe..



selain dari menelek muka dan baca novel. aku buat research pasal apa-apa je lah yang muncul kat kepala aku ni. pasal berita semasa pun ye, tak kisah lah pasal politik, sukan, ataupun kalau gosip aku hanya pergi Ohbulan! hahahah.. kalau bab bukak buku pelajaran tu semestinya ada. dalam sehari mesti kene baca walupun sikit je. dapat gak lah ilmu kan. 
hampir terlupa.. aku ada isi masa lapang aku dengan kemas rumah ye. mop lantai, sapu daun kering.. #bukannaktunjukrajin tapi tulah hakikatnya. tapi memasak tu tak ada lah, dapur pun tengah tunggang langgang (renovation) dan jugak sebab aku tengah sibuk diet. masa awal bulan aku galak sangat makan. sampai baju kurung pun ketat dah. haih.. mana tak mengeluh :( nak jogging petang asyik hujan. pagi-pagi pun kekadang je leh jogging sebab layan malas lah hahaha. 

bilik aku :) semua benda ada. aku boleh duduk dengan selesa didalam bilik ni.
leptop ada, katil ada, meja ada, rak ada, tv ada hahaha macam2. semua ni kehendak aku. peti ais je takde :(

akhir sekali.. kerja yang aku buat yelah hiasa bilik :) ye. aku ni memang suka mengemas dan menghias. apa tah lagi hias bilik aku sendiri. sebab bilik aku, aku je yang duduk. aku je yang akan sepahkan dan aku je yang akan kemas. kalau hias ruang tamu tu setakat rajin ubah kekdudukan tv dengan sofa je aku mampu. nasib mama aku tak marah.. sebab dia tahu lah anak dia ni suka mengubah :P 



sejak adik aku letak dia punya akuarium bertambah sempit meja aku. katanya sementara. entah bila nak amik balik aku tak tahu >.< apa pun ni keadaan meja aku sekarang. buat pengetahuan korang bilik aku ada ruang yang luas boleh lah beberapa orang boleh solat dalam bilik aku.. hahaha. nasib tak sempit. sebab banyak dah barang aku sumbangkan ke bilik adik aku :p

keadaan meja belajar waktu malam hehhe.. time ni akuarium adik aku tak letak lagi. 
okay sampai sini saja. sorry kalau ada yang tak paham.. buat-buat paham je la. heheh. thank you sebab rajin baca sampai habis. bye bye. Assalamualaikum!

You Might Also Like

8 00 Comments

  1. Pergh! lawanya bilik..untung ada semua...
    hai salam kenal...
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih :) salam perkenalan jugak ;D

      Delete
  2. akak tak pernah ada bilik sendiri dan takkan pernah ada /emoticon air mata panjang/
    lawa bilik you <3

    ReplyDelete
  3. seppp! semua tu sama je dgn rutin harian yg akak selalu buat especially kemas & hias bilik haha

    ReplyDelete