Hilangkan rasa mengantuk semasa belajar atau bekerja
12:11:00
Assalamualaikum :) hari ni aku cuti.. mesti lah cuti en. but aku kena jugak study dari sekarang because tahun depan nak SPM. so takleh lah nak tidur. walaupun waktu kul 10-12 ni memang waktu sambung tidur aku.. malas betul anak dara ni en. seriously mata pun berat je rasa semalam tak boleh tidur.maybe sebab tidur petang lama sangat. kadangkala mengantuk ni datang time kita nak study atau pun nak buat sesuatu perkara. ini boleh menyebabkan mood kita spoil je, sebab tahan ngantuk sambil buat kerja. biasanya mengantuk ni sebab kita dah biasa kan dengan tidur pada lewat malam atau pun terlalu bosan. boleh jugak disebabkan tempat tidur tu tak selesa mahupun posisi tidur tu tak betul. orang yang berasa mengantuk berlebihan ni biasanya di panggil hipersomnia.
so likes me :p |
Kat sini aku nak share sikit cara nak hilangkan rasa mengantuk time beajar atau bekerja.
1.Pastikan waktu tidur sentiasa CUKUP
2.Minum air masak
Banyak menguap menandakan bahwa kita mengantuk, juga menandakan bahawa kita kekurangan oksigen ke otak. Jadi kita kenalah meminum banyak air putih. Air putih mengandungi oksigen, dengan minum air oksigen dapat dapat diserap ke dalam tubuh kita dengan lebih banyak dan akhirnya kita dapat berkonsentrasi :)
3.Lakukan senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh kita lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk, sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja kita semula.
4.Basuh muka
basuh muka time mengantuk ni memang selalulah kita buat kan. tapi kalau kita perempuan dah tempek bedak plus make up sayang pulak bila dah nak kena basuh muka. kalau dah tak tahan sangat ngantuk tu nak tak nak kena basuh muka jugak kasi segar sebab inilah salah satu cara yang paling berkesan!
5.Dengar muzik.
aku pun selalu jugak dengar muzik time buat kerja. tapi time belajar idak lah sebab aku rasa tak masuk bila dengar lagu time study.kalau dengar lagu nak buat kerja okay sebab dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika kita bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan kita :)
6.Pandang tumbuhan hijau
Sekiranya pejabat kira mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar. kalau nak suasana best time belajar pun boleh jugak letak pokok bunga ke atau macam cactus yang dalam pasu kecil tu letak dalam bilik.
7.Tarik Nafas
Menurut penelitian, ketika kita menguap maksudnya kadar oksigen dalam otak kita sedang berkurang. kata kita menguap mestilah kita dah start mengantuk en. Untuk mengatasinya, cubalah tarik nafas dalam-dalam tahan sekitar 5 saat kemudian hembuskan selama 5 saat. lakukan cara ni beberapa kali sampai buat kita rasa segar ;)
2 00 Comments
Pukul9 tu la bnyk rancangan menarik,... Sllunye pkl11 baru tido,..;-)
ReplyDeleteYes, betul hehehe
Delete