Again and again

18:04:00


Assalamualaikum ;) okay, sebelum ni aku ada cerita jugak pasal sikit info time aku bercuti kat Janda Baik hari tu. so cuti merdeka 3hari tu aku pi sana nak tengok adik and pi lah bercuti sekali. kita orang (se family) pun usha lah mana-mana tempat yang best. bila cuti kan, semua tahu kebiasaannya chalet akan penuh. well chalet kat janda baik kebanykan best-best! tak tipu ok. sebab bilik tu or orang panggil pondok tu betul-betul tepi sungai. macam syok lah bila buat BBQ, makan tepi sungai.. bila malam nak tidur dengar lah bunyi air sungai gitu, start je waktu maghrib sampai lah ke pagi selagi belum pukul 11 tu korang akan rasa sejuk, nyaman tau.. siapa tak tahu ek?

aku memang suka pergi bercuti kat tempat macam ada suasa kampung.. yelah duk kat KL ni bukan syok sangat dengan jerebunya. seriously bilik pun panas and bahang. time balik sekolah pulak biasa lah tengahari panas terik. jelas ye bila tengok semuanya berasap jerebu. dah le van aku amik lambat. hari ni aku start tunggu van kat dalam sekolah sebab nak berteduh and tak nak terasa bahang jalan tar tu. habis lah muka melekat dengan habuk debu di udara tu semua. dah bape ketul jerawat naik ni ;(

okay sambaung balik cerita tadi. bila chalet pun dah penuh kita orang pun akhirnya membuat keputusan untuk bermalam di Hawa Resort. resort tu memang kita orang selalu je lalu depan pintu masuknya. tapi tak pernah lagi sebelum ni berhasrat tidur kat sana. kalau sebelum ni kita orang lalu je dia ada papan tanda yang bertulis "Maaf Penuh" hahaha.. so, kesimpulannya kalau nak pi bercuti sila booking dulu ye. Alhamdulillah.. time cuti merdeka kita orang dapat lah bermalam kat Hawa Resort. tapi itu pun tinggal satu bilik je! haaaa.. bilik yang lain orang dah booking. orang panggil single room. bilik tidur tu sesuai lah untuk 3 orang je. bayangkan satu family aku ada 9 orang termasuk adik bongsu aku yang kecik umur satu tahun. tapi serius kita orang muat je tidur kat dalam bilik tu. ada dua katil single and satu tilam  spare. ada jugak satu bilik air. single room kita byr RM160. ada lah bilik yang macam lagi bagus harga dalam 500 gitu.


adik bonsu dok tidur. kipas ofcos ada ye. tu yang lena.










kalau kat bahagian sini memang air jernih dan berpasir sesuailah untuk budak kecik comel-cemel mandi
kat bawah ada lagi gambar 





nak ceritadepan bilik aku tidurtu ada kawasan lapang and pondok kecil and comel untuk orang lepak-lepak.betul-betul tepi sungai.




aku share lah bape gambar view tepi sungai dia. lawa tau.. lagi best kalau mandi. syok je baring, sandar kat batu. lepas mandi of course rasa segar yedak apatah lagi mandi air terjun tu.










ini ada lah bape gambar kat tepi jalan nak masuk ke tempat parking kereta.. dalam hawa resort tu. diaorang ada bela burung, ayam, angsa..






okay, ini port aku dengan adik aku je. aku mandi ngan adik laki aku kat sini. dia kat luar dari hawa resort tu. kawasan tu ada je orang. tapi tak ramai. time aku pergi ni tak ada orang lah sebab aku memang tak bape suka mandi sungai ngan orang ramai. kahkah. yelah tak selesa walaupun kita pakai tudung. kat situ ada tempat dalam and ada batu besar. so boleh lah jump into the water!







aku ni tak sabar-sabar tunggu adik aku. aku dah jump dulu dalam air. pastu aku lah yang naik kedarat dulu. time aku berendam adik aku sibuk membakar dahan dengan daun kering. bila aku naik dengan baju basah pesemua tiba lah masanya aku memanaskan badan.. aku pun mendekat kan diri dengan unggun api adik aku tu. lepas aku mandi adik aku pulak mandi. aku tunggu dia mandi sampai nak kering baju aku. sorry ye gambar aku tu nak bagi mesej betapa nyamannya aku aku rasa time tu. *erk! geli aku.



 aktiviti yang kita orang buat time kat Janda Baik tu.. adalah naik motor ni. aku pun tak tau apa namanya lupa dah. sewa satu motorRM10 nak main benda ni korang kena pergi kat KampungJanda Baik tak silap.aku kat kawasan depan SK Janda Baik lah.. btw aku pun tak main. yang main adik laki aku dengan ayah aku je. aku pakai skirt labuh rasa cam tak kena pulak. tak apa lain kali aku pergi aku naik.

apa yang kitaorang sekeluarga makan malam tu adalah maggi! hahaha.. amik je air panas rendam je bape minit, and makan. nak buat BBQ mmg kitaorang tak prepare pun. sooooo rugi! tapi ada jugak lah orang yang bakar BBQ kat situ bagi ayam bakar ngan burger

sorry gambar ni annoying pulak. bytheway thanks for reading. and sorry lagi kalau dalam entry ni memusingkan kepala anda ye

 POYO.je minah ni ye?

You Might Also Like

2 00 Comments