Tanda badan kita kekurangan air

01:02:00

Assalamualaikum :) tengah tak boleh tidur ni aku rasa nak share sesuatu perkara. pasal air. sejak dua menjak ni aku rasa macam kurang air dalam badan. kulit macam kering.. air kencing warna dia dah pekat gitew and ada lah lagi tanda-tanda kurang air yang aku dapat rasa. and tadi aku check lah tanda-tanda kurang air tu macam mana? selalunya akau akan rasa kurang air dalam badan time period.. aku pun nak kepastiannya jugak. so jom tengok tanda-tanda badan kita ni kurang air :)

Badan manusia sebenarnya mempunyai 70% air yang mengawal suhu, melindungi organ dalaman dan membantu peedaran oksigen ke sel tubuh. Kekurangan air dalam badan walaupun sedikit boleh memberi kesan kepada tubuh badan. Justeru anda perlu memastikan kandungan air dalam tubuh badan sentiasa stabil untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi.

10 tanda kekurangan air dalam badan

  1. Mulut kering dan lidah bengkak - Cara terbaik untuk mengelak mulut kering dan lidah bengkak ialah minum air ketika haus, berjumpa lah dengan doktor
  2. Air kencing bewarna kuning pukat- Apabila badan kekurangan air, buah pinggang akan cuba menjimatkan air kencing. akibatnya air kencing akan bewarna lebih gelap atau kuning pekat.*yang ni terjadi pada aku
  3. Sukar membuang air besar- ketika mengalami hidrasi usus besar akan menjimatkan air dalam badan dan akhirnya akan menyebabkan bahan buangan menjadi keran dan kering
  4. Kulit menjadi kurang kenyal- korang boleh mencuba dengan mencubit kulit bahagian siku. sekiranya dicubit dan kulit lambat kembali normal atau tidak kenyal, maka korang sebenarnya mengalami hidrasi. 
  5. Jantung berdebar-debar - jantung memerlukan badan yang sihat tau! atau normal untuk berfungsi :) sekiranya berlaku penurunan aliran dalah akibat dehidrasi, kebiasaannya jantung akan berdebar-debar.
  6. kekejangan otot -kekejangan  otot ni biasanya berlaku selepas selesai buat latihan atau sukan. ia berlaku sekiranya badan mengalami dehidrasi kronik.
  7. Pening - dehidrasi menyebabkan kepala kita jadi pening dan pengsan. salah satu tanda dehidrasi ialah badan rasa melayang ketika bangun dengan cepat ketika duduk atau tidur.
  8. Mudah penat - dehidrasi kronik akan mengurangkan jumlah darah dan tekanan darah. ia juga akan mengurangkan jumlah oksigen ke darah. tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja dengan lambat dan menjadikan kita cepat penat
  9. Air mata kering- air mata digunakan utk membesih dan menyegarkan mata. Air mata akan berhenti keluar sekiranya jumlah aie dalam badan semakin kurang.
  10. Panas dalam badan. - air memainkan peranan dalam mengawal suhu badan. apabila kita mengalami dehudrasi, tubuh akan berhentu mengeluarkan peluah dan membuatkan badan kita berasa panas.

You Might Also Like

1 00 Comments

  1. Your Blog is very Nice.
    Wish to see much more like. Thanks for sharing your information.

    Packers and movers Allahabad

    ReplyDelete