Harapan

23:23:00




Malam ni nak dok luah perasaan huhuhu.. seriously penat aku nangis. dah la pepagi lagi.. terus terang ler, aku sendiri sedih sangat ngan kawan aku yang sorang ni, aku nak sangat dia sedar.. aku sayang kat dia.. sayang sangat macam aku sayang adik-adik aku. tapi aku tak tahu lah dia ni anggap aku ni sebagai ape.. serius lah aku cakap , aku amik berat pasal study dia, kita orang ni sebaya, sekarang ni aku sibuk lah nak tukar kelas, so sekarang dah jelas sangat ape yang aku nak capai cuma aku tak tahu sama ada dapat tukar atau tidak kelas yang aku nak tu. Alhamdulillah aku ikut cakap cikgu aku, dia suruh aku buat solat istikarah.. so aku pun buat.. ini pun rasa nak buat lagi.. yang pastinya aku rasa sekarang aku cuba jugak mintak kelas yang aku nak tu..kalau lah tak dapat, tak apa.. aku redha.. mugkin xde rezeki aku masuk kelas tu..

sebenarnya aku nak cita pasal kawan aku tu, dia dapat masuk kelas sains lah, aku pada mulanya aku tak yakin dia boleh buat, dia pun takut sebenarnya nak belajar benda susah, tp dia kate dia nak cuba dulu, so aku pun support lah dia.. kalau aku jadi dia pun.. kalau boleh aku tak nak tukar kelas lain kalau aku dah dapat  kelas sains tu, yelah kelas sains boleh jadi dokter.. hahaha dll.
aku kan nak tukar kelas, so aku pun tanya lah mak cik aku yang jadi cikgu sekolah menengah, yang paling tak sangka dia lah cikgu subjek bio ngan kimia lagi... tak cukup dengan tanya mak cik aku tu, aku tanya pulak sepupu aku yang kira pandai lah, kelas sains tulen pulak tu bila periksa je 7A dia boleh dapat. tak rasa puas hati lagi, aku pun bukak google, aku pun tgk lah respon akak ngan abang yang berpengalaman duduk kat kelas sains ke, sastera ke, perdagangan ke.. pastu akhirnya aku tanya cikgu.. pastu cikgu pun siap bagi sokongan lagi.. kalau aku nak naik kelas lain.

so bila aku dah tahu ape yang aku nak, lepas tu dengan bertanya pada org yang berpengalaman ni sedikit sebanyak aku tahu macam mana nak buat pilihan yang tepat, tahu jugak macam mana nak berjaya dan sebagainya.. pastu aku ada kawan-kawan aku yang lain ni pun macam aku jugak nak tukar kelas bawah lah, atas lah, ada aja  yg tak kena. pastu bila dah sembang-sembang pasal nak tukar kelas ni aku pun bagi lah tahu ape yang aku tahu. sampai lah kita orang dpat jawapannya..

Tapi maslahnya kawan aku yang sorang ni aja. dia tu macam sombong pulak.. siap pesan kat aku lagi tahun ni kita tak payah jumpa selalu kat sekolah (yelah mentang-mentang tak sama kelas) pastu jangan chatting selalu. blablabla.. aku sedih kot bila kawan aku ni cakap macam tu, hello, aku pun nak belajar jugak, cita-cita aku tinggi kot, dah lama sangat simpan angan-angan nak jadi PILOT... tapi kawan aku ni buat tak tahu je, dia pun xde lah nak support aku.. aku ni je banyak bagi nasihat kat dia.. tapi dia langsung tak bagi respon. yelah kekadang aku fikir lah jugak, aku ni kelas bawah dia.. aku mungkin x sepandai dia, buat apa lah dia nak dengar cakap aku ni.. ceh..
dia cakap macam tu sebab dia nak fokus pada study, aku ni duduk kelas bawah subjek yang aku amik ni pun orang kata senang.. tapi bagi aku walaupun senang tak ada alasan aku nak main-main tahun ni. dah lah 'harapan' nak jadi pilot. hurmm.. untung je aku tengok budak dpat masuk kelas sains tu walaupun sains ngan math dorang  dapat gred D/E pastu ade jugak yang tak dapat A dalam sebjek lain semuanya takat lulus jer dah dpat peluang duduk kelas sains (kat sekolah aku) rasa macam tak adil pun ade. bila dapat kawan macam tu lagi sedih. siap buat andaian sendiri macam aku ni tak pikir masa depan aku, dia tak tahu aku ni kesian kat dia aja, org lain tu tak sombong pun.. pandai pulak tu.. boleh jugak duduk berbincang sama-sama untuk kongsi masalah. tpi dia setakat result atas pagar tu dah berlagak. aku ni org yg dekat dengan dia kira dah terasa betul ar.. bila kene macam tu. apa yang dia cakap langsung tak pikir apa aku rasa, dia tu dah macam pandang rendah kat aku, dulu kita ni belajar sama-sama.. cuba nasib dia baik dapat kelas sains. tp lagi kesian bila aku tanya dia nak jadi apa? dia sendiri pun tak tahu. aku pun pikir jugak dia tahu ke bio tu ape? fizik tu apa? baru-baru ni dia tanya aku add math tu macam mana? haih.. macam ni ke nak belajar kalau dia sendiri pun tak tahu apa yang dia nak belajar? bila orang cakap langsung tak amik kesah lps tu sombong. aku harap dia sedar apa yang dia cakap tu.. sedihnyaaaaa #kalau kau baca apa yg aku cakap ni, tolong lah pikir2 balik yer, apa-apa pun aku sentiasa ada untuk kau bila kau perlukan aku.

.TIPS
katakanlah nak masuk kelas sains, aku tahu subjek tu susah math ngan sains aku tak bugus pun, tapi nak belajar jugak sebab nak capai cita-cita, its okay sebenarnya, asalkan kau kene lah rajin berusaha, lepastu kene yakin lah yang kau belajar subjek tu, pastu kene lah start disiplin kan diri, tak boleh malas-malas. bila dah berusaha sungguh-sungguh kau berserah diri pada Allah, kau tak boleh lah tinggal solat, kene jugak buat solat sunat, lepastu kau kene rajin baca Al-Quran.. itu memang penting...untuk berjaya di dunia juga di akhirat. pastu niat pulak kene lah belajar kerana Allah.. itu antara pesan cikgu aku. :)

sekiann.. Assalamualaikum :)

You Might Also Like

0 00 Comments