Interview

07:48:00

Assalamualaikum 😄

hye, best pulak dapat update blog dengan laptop baru. kehkehkeh..😅 riaknya weh! okay okay, point dia bukan dekat laptop baru sekarang, but nak cerita pasal interview kat UiTM Shah Alam. sebab sha ada pilih course senibina time isi borang online UPU tu, actually, memang cita-cita sha nak jadi achitect, tapi ada sebab-sebab sebelum ni yang buat sha lupakan hasrat nak jadi achitect masa belajar form 4 & 5. sha tak boleh bawak subjek science stream dulu lepastu tukar kelas seni. its because tak amik subjek science stream tu ramai kata sha tak boleh nak jadi achitect.😟 idk la sejauh mana tak boleh jadi tu kan? so, sha amik je seni. nanti nak pilih course kat Uni.. amik je lah fine arts.💢

masa isi borang online UPU tu, memang pilih ikut urutan berdasarkan minat, and of course  la.. tengok result SPM kan.. jangan suka hati je pilih, memang course senibina, perancangan & ukur jadi pilihan pertama dan kedua di UiTM dan seterusnya course yang sama tapi di Politeknik pulak. pilihan pertama sha - Perancangan Bandar/ Town Planner,  kedua interior design. dua course ni memang ada interview. emm.. pada mulanya, leceh lah interview bagai ni kan.. takut je pilih, kang pegi interview takut tak dapat. maklum lah, sha bukan pandai becakap pun, lagi-lagi dengan orang yang tak kenal. lepastu dalam tempoh menunggu keputusan tu, sha update update jugak lah tengok bila tarikh panggilan temuduga. sambil tu, research banyak-banyak pasal apa tu perancangan bandar, even sebelum pilih course tu dah selidik. tetiba sha terpanggil untuk menghadiri temuduga, memang lah happy pada masa yang sama berdebar jantung ni! apa lah aku nak jawab time interview nanti, lepastu cepat-cepat la search pasal pengalaman orang pi temuduga course senibina ni kan.. dorang kata ada ujian melukis. sha pun melukis la, test dulu kat rumah. lepastu baru ada sesi temuduga dengan pegawai/lecturer. sha dapat lecturer lelaki, dia nampak macam dah lama sebab dia tua. so soalan dia memang sha tak terfikir lah. time tunggu giliran tu, my another friends kebanyakan memang ada standby satu ayat perkenalkan diri yang dorang dah susun dalam kertas and dorang hafal 
semestinya ramai yang bawak portfolio dorang, but me? tak bawak. even dah ready portfolio tu dekat rumah sebelum interview. tapi memang lecturer tu tak tanya pun pasal portfolio. if nak tunjuk tunjuk lah.. orang kata ni bonus.👍

its because, sha fikir kita bukan tahu apa orang tu nak tanya nanti, time tu je rasa macam confident jelebih. bila masuk nak kene interview ngan lecturer tu.. hamek kau.. berterabur ayat, elok-elok dah susun ayat dalam kepala panjang-panjang untuk perkenalkan diri.. tetiba jawab pendek je jawanpan, sampai lecturer tu pun macam "itu je?" pastu dia banyak bagi soalan 
- awak boleh perkenalkan diri awak (kau cerita lah nama kau apa, umur ke, adik beradik ada berapa, anak keberapa, tinggal kat mana, apa kau suka,, cita-cita and so on lah.)😏
- apa kelebihan diri awak? (time ni kau puji lah diri kau, tanpa perasaan, tak payah nak malu-malu)
- apa kejayaan yang awak dah capai sebelum ni?
- apa yang awak tahu pasal course ni? (sebab tu penting kene selidik pasal course tu) *soalan wajib
- kaitkan isu semasa dengan course ni. 
- apa pilihan kedua, ketiga awak?

*time interview tu, jangan nak pandang-pandang bawah ke tepi ke tingkap ke.. pandang muka orang yang tengah soal kau tu, fokus! itu penting. kang dia tengok kau pandang-pandang tempat lain dia pun malas nak tanya kau banyak soalan, sebab kau tak fokus.😠😠



jawapan tu kena bagi panjang sikit lah,, dia tanya dalam bahasa inggeris. ayat sha pun terabur lah jugak. apalah yang aku merepek ni. faham ke tak faham tah lecturer ni?  tawakal je. pastu sha cakap lah, sha memang minat dengan course senibina ni. walaupun kerja susah, sha sanggup, ewahh... bab puji diri sendiri tu lagi tak boleh blah, muka lecturer tu takde ape pun, tapi cuba bayangkan kalau kawan korang kat situ, aku rasa kalau dorang dengar mau dorang nak termuntah, mata juling keatas.. semua ada.😝

end of story, sha dapat jugak sambung belajar diploma course perancangan bandar. tak sangka pulak!😁 sambil menunggu result UPU tu sha sambung Form 6 tapi sempat dalam seminggu lebih je. lepastu dapat tawaran ke UiTM terus angkat kaki. hehehehe..😋 now sha, dah jadi warga UiTM Sri Iskandar, Perak. memang dah tahu mesti dapat kat Sri Iskandar, sebab course senibina memang dorang akan campak kat situ kebanyakan. masuk UiTM 20hb Mei.. seminggu je kat sana untuk sesi orientasi. lepastu 26hb dah boleh balik cuti seminggu nak menyambut puasa ni. 5hb Jun sha dah start kuliah. buat masa ni sha belum masuk sem 1, sebelum sem 1 orang panggil sesi interim kita akan belajar 3 subjek - english, agama, dan study skills. and ada test sikit.. pastu bulan 9 ni baru masuk sem1.. 💖 wish me luck korang.. even baru seminggu kat sana, macam-macam orang dan macam-macam perangai dah nampak. hidup kat Uni ni memang tak leh lah nak bergantung sangat dengan roomate ke kawan biasa ke.. yang paling penting cari kawan betul betul..😟 ini pesanan dari cousin sha, niat pun kene betul ye. jangan ada niat tak baik. niat nak belajar, kerana Allah.. ha.. macam tu.😊. ok sampai sini je  nak cerita. bye, Assalamualaikum💕

You Might Also Like

19 00 Comments

  1. Wahhh bestnya perancang bandar , in shaa Allah gaji besar nanti . Hehe . Kawan eyqin ada tiga orang kat sana :)

    ReplyDelete
  2. haa betul tu. nak berkawan boleh, tapi ikut yang baik2 je. btw selamat berada di alam universiti. all the best in your study

    ReplyDelete
  3. wah all the best kat sana :)

    ReplyDelete
  4. cousin saya pun ada dekat UiTM SI, course art and design. Btw goodluck on your uni life! Kawan je dengan semua orang, yang penting diri sendiri kena pilih yang mana baik and buruk. Memang macam2 perangai orang awak jumpa nanti. Hehe, all the best!

    ReplyDelete
  5. Good luck and all the best sha. ^^

    ReplyDelete
  6. good luck in your studies ! saya pun ada kawan kat sana tapi tak sure dia course apa

    ReplyDelete
  7. Wah.. Tahniah sha lulus interview! Saya pun minat jugak design design ni tambah2 interior design. Seronok! InsyaAllah nak apply lepas habis matrik.. Btw, good luck ya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. you too.. good luck jugak ! interior design pun best.. ^^

      Delete
  8. good luck sha.. kirenyaa kite satu fakulti la.. :) pesanan saya sediakan payung sebab kat seri iskandar panas time hujan, memang kuat bunyi guruh dan kilat memang jelas nampak. kos perancangan bandar ni, tak tidur tu bende biasa.. jangan bagi kawan tiru design yee. sebab markah korang bergantung pada pensyarah. walau apa pun, good luck shaa :)

    ReplyDelete
  9. Yeeke.. sinior ke camne ni? Sekarang pun tengah panas.. hujan ada lah tapi tak berdentum lagi hahahaha. Thanks sebab bagi tahu :D insyaAllah tak bagi kawan tiru.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. i bet that all the adrenaline hormones went thru all parts of the body when it's the time for u to start to speak. i felt you! and congrates for u :))

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. memang time interview kene speaking ke ?

    ReplyDelete