Singgah sebentar di Parit, Perak
20:41:00
Assalamualaikum ❤
Dah 2 hari bulan. lambat sangat nak story-story pasal cuti kat Parit & Pulau Pangkor aritu. trip nak ke Parit ni tak ada ada dalam perancangan sha bersama family dalam cuti bulan 12. so kita plan nak gi mana cuti panjang ni? kita kena pilih tarikh yang cantik sikit. kena tunggu adik cuti semua. satu family semua ada baru kita boleh jalan-jalan jauh itu pun nak plan Ke Pulau Pangkor je. so. 17-12-2016 malam kita orang ke Perak, tidur rumah saudara, salah satu sebab kitaorang balik malam sabtu 17 haribulan, sebab esoknya ahad ada kenduri kat umah sedara di Ipoh ya, kena lah datang en..💕
tidur kat umah saudara sha hanya 2 malam. lepastu hari Isnin ayah kata nak balik kampung kejap di Parit, but kat kampung tak ada sesiapa. kitaorang just singgah je rumah saudara kat sana. lepastu tidur dekat LANAI CASUARINA@CEMPAKA SARI satu malam sahaja jenis bilik deluxe queen. satu family 👪 duduk dalam satu bilik (seperti gambar diatas.) hanya RM150 satu malam termasuk sarapan untuk 2 orang sahaja. Lanai Casuarina ni letaknya dekat pekan Parit tu. if nak makan kat luar minum petang dan memancing just keluar jalan kaki je. even nak ke kedai runcit pun boleh jalan kaki, masjid lagi lah depan hotel je. kedai makan kat sebelah tak perlu lintas jalan. belakang hotel sungai. so malam-malam rasa lah sejuknya sikit. dalam bilik ada balkoni so boleh tengok sungai Perak yang deras tu. kehkehekeh.👍sha pun tak expects tidur kat hotel tu sebab, baik tidur kat Sri Iskandar, sebab rumah mak cik Sha ada kat sana. if kita orang datang Perak tempat persinggahan kitaorang di Sri Iskandar je.
ni makanan sarapan pagi. tapi kitaorang ada tambah lagi makanan kemudian. sebab yang lambat bangun tak sempat nak makan. :p
makan mee bandung! umph.. melimpah kuahnya. sedap, sedap jugak. makan time-time hujan gerai pun tepi sungai je, time ni waktu petang Isnin dekat Parit ini kira makan malam lah, gerai favorite ayah kat Parit. Gerai bukan kat pekan Parit tau. lupa pulak namanya.😣
yang ni pemandang belakang hotel. malam-malam Sha ngan adik lepak je kat sini layan YouTube. hehehe. wifi free ma..😜
time ni di pekan Parit, nak beli slipar sebelum gerak gi Pangkor. slipar tak bawak, lagi pun slipar memang dah tak elok tapaknya. 😪
jap lagi sambung pulak cerita Pulau Pangkor. bye. Assalamualaikum :)🙋
0 00 Comments