Jalan-Jalan di Pantai Jeram, Selangor
19:59:00
Assalamualaikum 💖
sebenarnya nak pergi ke Pantai Jeram ni plan last minute, sebab ayah baru je repair kereta, lama sangat dok bengkel, saja nak test kereta tu bawak gi jalan jauh sikit. actually.. angan-angan sha dengan mama dah lama nak kesana sebab nak try makan ikan bakar time dapat brim aritu kehkehekeh.. tapi tak pegi-pegi, kononnya plan dengan duit brim nak belanja family kitaorang makan sedap. so alang-alang ayah dah kata nak test kereta tu elok ke tak? sha suggest lah gi Pantai Jeram ingin melaksanakan hasrat tak jadi dulu. pon jauh jugak dari puchong. sejam lebih nak sampai sana dengan jem lagi.. tapi ayah kata gi Ipoh lah jalan lurus je. emm.. but mama tak setuju. so, akhirnya, pegi jugak Pantai Jeram. Lepas asar kitaorang gerak. masing-masing bawak baju sapare sebab takut💢 ayah kata nak tido kat sana pulak, memang selalu jadi macam ni. plan jalan jauh sikit tetiba nak tidur semalam, dengan baju tak adanya.. buat naya je! benda ni selalu jadi bila kita orang plan berjalan jauh nak balik hari.💔 so sampai sana nak dikatakan dalam pukul 6 macam tu la sampai. first dah nampak Medan Ikan bakar, pastu nampak Aroma Ikan bakar masuk dalam lagi banyak lagi kedai ikan bakar. and also kawasan Pantai Remis.
bila dah masuk Pantai Jeram, kitaorg pun singgah kejap kat satu kedai kopi kat tepi pantai. tak jauh pun dari kedai Aroma Ikan Bakar . saja berhenti kat situ nak turun tengok pantai. air surut otw nak pasang 😃
siput panjang kot 🙇 first time jumpa. biasa yang kecik kecik tu je.💦
bila dah rasa puas la amik gambar pesemua nampak pulak mama ngan adik pegi satu gerai macam baru bukak kat bawah pokok kelapa. tak jauh pun dari kedai kopi tu. jalan kaki je.. mama tertarik nak gi gerai tu sebab ada jual laksa. so semua berkumpul kat gerai tu. kitaorang juts order 2 mangkuk laksa. and yang paling best 2 cawan mangkuk ais mangga
nikmat weh, makan benda sedap ni sambil tengok pemandangan laut! nikmat lagi rasa dia.💖
lepas dahpuas dok santai-santai, sebelum maghrib tu ayah kata ayah nak tidur semalam kat Pantai Jeram ni, siap call resort kat Pantai Jeram survey harga, pastu aku kata kat sini ada hotel The Kabin. ayah sha pun call tanya harga jugak, korang leh merasa lah tido dalam kontena. surius cantik view kat situ ada kolam renang lagi harga pon lawa, but for me kalau berfamily besar tak sesuai kot, sebab bilik kecik. lepastu gi jelah lalu sebelah the kabin tu tengok betul-betul.. sebelum ni tengok dalam gambar je en. dah pusing kat situ pergi pulak kat Pantai Idah Seaview Resort. ianya apartment harga RM100 2bilik 120 3bilik murah en? kolam renang pon mesti ada jugak. tapi malangnya sha tak jadi tido sana sebab ayah ngan mama kata kita makan je tak payah tido kat sini.💔
lepas solat maghrib, kitaorang pun makan malam kat sini 😆 Aroma Ikan Bakar
komen : makan kat sini tak berapa mengecewakan pun cuma banyak kucing je kat tempat saung ngan bambo, lauk dia sedap paling sedap sha rasa tom yam dia. lauk dia banyak penuh satu pinggan, sotong pun besar. kupang pun penuh satu pinggan siap bungkus bawak balik. ikan bakar jenahak pon sedap jugak. 💕 mama kata harga dia pun berpatutan jugak lah. tempat dia pun cantik.. boleh kasi 4 ★★★★
so disini sahaja. nanti ada lagi cerita insya Allah kita update lagi 😘
1 00 Comments
Gambar awak lawaa. Saya duk Selangor ni pun tak pernah sampai lagi sini haha.
ReplyDelete