Kembali semula

22:55:00

Assalamualaikum.. 
Baju raya.. Sha saja dok nak try. Kita post half je dulu. :p

Dah lama benor sha tak log in blog ni. Jenguk pun Jarang. Nak bukak pun tak ada masa, kalau sha nak bukak blog mesti kena ada masa free yang sangat panjang.. Baru puas nak berbloging.. Terjah blog orang sana sini.. Tapi Tahun ni memang sha dah boleh agak no time punya nak layan blog semua ni. Cause tahum ni tahun SPM sha. Hehehehe. Sorry gais. Alhamdulillah.. Mid year exam ni.. 5A dapat sha capai.. Bagi readers doa kan sha agar dapat yang lebih baik trial ngan exam sebenar nanti.. Tengah dok ada internet laju ni, curi lah masa sikit nak share cerita pasal satu tabiat baru sha. Tapi harap-harap lah tabiat ni tak berpanjangan.


Okay, baru-baru ni sha tak tahu kenapa la en.. Sha macam suka pulak dengan mekap.. Maybe lah.. Maybe.. Sebelum ni sha ni jenis orang yang simple je tak tacap pun muka ni berat-berat. Kadang bedak pun tak pakai setakat sapu jel aloe Vera je. Bibir pun pucat. Pastu tak ada keyakinan. And after that Cikgu suruh jadi dayang untuk majlis anugerah untuk pelajar kat sekolah.. Dan sha ngan kawan-kawan yang terlibat pakai baju kurung yang sama tudung kaler sama. And sha tak tahu pun kene tacap muka ke.. Apa ke.. Tapi sha pakai gak lah krim tu pun pinjam mama punya dah kene jadi dayang gitu kan..kena lah elok sikit rupanya.  Bila jumpa kawan-kawan yang jadi dayang sekali, diaorg tu nampak lebih lawa dari sha ni yang hanya pakai krim Dan bedak sahaja. Lepas tu rasa lah down sikit.. Sikit jerrr.. 

Kalau beli alat solek ke.. Sha tak reti nak simpan.. Dan tak reti nak guna.. Beli pun bila nak raya je. Tapi tu pun kalau nak beli.  Bila tengok kawan pandai menacap muka mula la tertarik dengan mekap.. Tapi sha hanya suka mekap tu nampak neutral je. Tak berat-berat.. Sha beli concealer, bb cream, foundation, untuk tutup cela Kat muka macam tu je. Eyeliner.. Celak ke tak suka nak pakai. Bila pakai rasa macam heavy je. 

Bila dah suka dengan mekap sha pun kumpul duit sikit-sikit beli barang mekap yang sha rasa perlu je dulu.. Lama-lama tu nampak tools mekap yang harganya berpatutam sha beli.. Sha banyak beli online sahaja Kat zalora and Lazada. Ada jugak Kat luar.. Dari guardian or Watson Nasib baik lah belanja mekap duit simpanan tak habis kesitu je. Hahahaha.. Bila dah beli sikit-sikit lama-lama banyak lah barangnya.. So sha pun simpan je dalam satu kotak letak barang mekap tu. Simpan dalam beg mekap pun baru je rosak. Sebab terkoyak. Haih.. Masalah betul. 

Tengok tu acah je lahai.. Belajar mekap pun dari YouTube je. Okay thanks sebab sudi membaca. Dan selamt beribadat di bulan puasa.. Semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Pasni kita update pasal Hati Raya pulak eh. 

Assalamualaikum :)



You Might Also Like

0 00 Comments