Cameron Highland

08:47:00

Assalamualaikum 👀

hari tu lagi kata nak sambung but tak jugak. lambat sangat.. sebenarnya elok je cerita ni tergendala dalam draft. hehehehe.. asyik tak sempat je nak update! so, ini kira nak pendekkan cerita jelah jalan-jalan kat cameron. lepas je pergi ladang teh boh aritu.. terus kitaorang check in hotel Cameron Golden Hills. hotel tu baru je lagi dibuka di depan pasar malam baru cameron highland. kalau nak gi pasar malam tu memang jalan kaki jelah..💖 apa pun cepat je dah malam.. sampai kat cameron tengahari.. lepak kat ladang teh sampai ke petang.. malam shopping pulak kat pasar malam. gambar pasar malam tu pulak I tak ada amik hehehehe.. syok sangat dapat shopping mana sempat nak pegang camera.. esok paginya selepas sarapan.. kawan ayah bawak kitaorang jalan-jalan di Strawberry Farm yang dekat area  Rose chalet tu.. jalan-jalan makan ais krim starwberry pagi-pagi beli souvenir





dreamcatcher saya!


dalam pukul 12 biasa lah kene check out! okay packing barang semua and than the next destination, kitaorang ke satu lagi farm.. tak pasti pulak nama tempat tu yang pasti dia tempat terakhir tanah rata nak masuk ke riglet. tak silap lah..😳 merepek apa lak ni.. hahahaha😆










banyak jual pasu, cactus, dan pokok bunga. dekat atas diaorang tanam pokok strawberry, boleh lah petik. tapi kena bayar la. macam korang boleh tengok kat gambar atas ni.👆 


reban ayam pun ada ye dalam ni.. ada lah, beberapa jenis ayam dalam tu. maybe taik ayam tu dia buat baja? idk.  sesuka hati je cakap! 😂





okay lah jugak kan.. dalam taman ada cafe dekat bahagian belakang, santai lah kalau nak lepak-lepak minum, makan-makan dessert gitew.. 

 tengok adik aku berebut gak nak petik.. banyak lak tu dorang petik sampai umah tak lalu pun nak makan. over je lebih.😥

 kalau gayat.. bagi aku tak payah naik lah hehehe..



Jadi sebelum balik belilah cactus gak.. harganya pun dah lupa. rugi kalau tak beli.. hehehe dah alang-alang datang sini kan.. 

okay tu saya ceritanya.. setakat 2 hari 1 malam je uolss!😜 Assalamualaikum 😆

You Might Also Like

2 00 Comments