Bulan Ramadan

14:56:00



Assalamualaikum :) baru je hari pertama puasa kita dah tengok dekat kelas ramai yang
mengantuk. Maybe sebab tidur lambat and lepas tu kena bangun sahur lah kot. Apa pun kita nak cerita sikit pasal result Mid year exam hari tu.Markah makin menurun berbeza dengan ujian satu.. Syukur alhamdulillah.. Result kita lulus :D subjek penting pun okay.. So hasilnya dapat gak lah nombor yang boleh pakai hahaha.. 

Daripada dapat no.2 naik no.1
yg 1/56 tu maybe silap sebab murid dalam kelas 46 je.

So, memandang kan puasa pun dah start kita saja lah nak search sikit apa lagi amalan yang baik kita boleh buat time bulan puasa ni.. So meh le kita nak nak share. :) harap dapat memberi manfaat pada kita semua.

TIPS Amalan Sunat Menghidupkan Ramadan Mengikut Sunnah.

1) Membaca al-Quran

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Jibrail alahi salam membacakan al-Quran untuk baginda pada setiap tahun (pada bulan Ramadan) sebanyak sekali. Namun, pada tahun kewafatan baginda, dia membacanya sebanyak 2 kali. [HR al-Bukhari & Muslim]


2) Qiamulail

Pada Ramadan, kita akan melaksanakan 2 jihad diri:

a) Jihad di siang hari dengan berpuasa.
b) Jihad di malam hari dengan qiamulail.

Sesiapa yang berjaya melakukan 2 jihad ini dengan sebaik-baiknya, baginya ganjaran yang amat besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan & pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas." [HR al-Bukhari & Muslim]

Qiamulail merupakan rutin harian Nabi & para sahabat. Aisyah radiallahu anhu pernah berkata: "Jangan kamu tinggalkan qiamulail. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah meninggalkannya. Jika baginda sakit atau kepenatan, baginda akan solat sambil duduk." [HR Abu Daud]



3) Bersedekah

Ibnu Abbas radiallahu anha berkata; "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ialah seorang yang pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Pemurahnya baginda dalam kebaikan lebih daripada angin yang kencang."[HR al-Bukhari]


4) Menjaga lidah

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta & terus mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat pada usahanya yang tidak makan & minum (puasa)." [HR al-Bukhari]


5) Perbanyakkan doa, zikir & istighfar

Setiap saat pada bulan Ramadan adalah mulia. Justeru ambillah kesempatan ini dengan mempernbanyakkan zikir & doa khususnya pada waktu-waktu yang mustajab seperti:
a) Ketika hampir waktu berbuka.
Nabi menyebut; 3 doa yang tidak tertolak antaranya ialah doaorang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka. [HR al-Tirmidzi]
b) Pada sepertiga malam ketika Allah menyeru:
"Adakah orang yang berdoa, maka Aku akan perkenankan. Adakah orang yang memohon keampunan, maka Aku akan Ampunkannya." [HR Bukhari & Muslim]


6) Memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa sepertimana orang yang berpuasa itu, & tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya." [HR at-Tirmidzi]



7) Umrah pada bulan Ramadan

Sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud;
"1 umrah pada bulan Ramadan ganjarannya menyamai 1 haji."Dalam riwayat yang lain:"Menyamai satu haji bersama-samaku." [HR Bukhari & Muslim]


8) Beriktikaf

Khususnya pada 10 malam terakhir. Aisyah radiallahu anhu meriwayatkan:
"Pada 20 malam terawal, Nabi mencampurkan antara solat & tidur. Apabila tiba 10 malam terakhir, baginda bersungguh-sungguh & mengetatkan kainnya." [HR Ahmad]




Semoga kita dapat meningkatkan amalan kita pada bulan puasa yang mulia ini... Selamat menyambut Bulan Ramadan al Mubarak readers! :D

You Might Also Like

0 00 Comments