Couple lagi best dari Single?

16:50:00

Assalamualaikum :)


Hari tu sha ada cerita pasal Single Is Better Than A Relationship tapi hari ni sha nak cerita pulak pasal Adakah COUPLE lagi best dari  SINGLE? hermm... best tak couple?

kalau yang macam filem 3 temujanji tuu.. bestlah! tapi takkan kite nak buat macam dalam film tuuu.. yedak? hehehe.. bg sha kalau kite tak nak ambil resiko leps putus cinta tu baik single saja :) tapiiii... takkan lah nak single memanjang... nanti dah kawen mcm mana? nak layan suami/isteri. bersweet sweet, pujuk memujuk, gaduh-gaduh manja.. dll. #merepek pulak aku 

Kenapa COUPLE lagi best dari  SINGLE?

  1. ada kawan nak bercerita. terutama perkara yang tak leh share dengan orang lain (suka bergosip dengan my BF)
  2. ada kawan nak berkepit kehulu-kehilir sampai muntah
  3. ada kawan nak marah-marah
  4. ada kawan nak sayang-sayang
  5. ada kawan nak nangis
  6. ada kawan nak mengadu nasib sampai si dia bosan dengar (kalau dengan kawan baik, nanti lama-lama dia marah sebab bosan kalau dengan pasangan, dia tadah je la.....sayang punya pasal. hahaha....)
  7. ada kawan untuk teman berangan-angan and layan karenah kita
  8. boleh bual lama-lama kalau bosan and sumpah tak akan bosan.
  9. boleh manja-manja kalau rasa ingin dimanjakan, kalau merajuk ada orang nak pujuk (kalau merajuk ngan kawan, mampos diorang tak nak pujuk~)
  10. boleh mintak dibelanja kalau berkenan sesuatu
  11. adaorang yang akan memahami jiwa kita.
di alam percitaan ni, semuanya rasa indah belakatapi tak kan nak bercinta aje??? kawin la wey~ malu la orang tgk berkepit aje ke hulu-ke hilir. belom kawin dah canang satu dunia "ini boyfie saya" nanti kalau dah putus, tak ke frust menonggeng??
macam mana boleh putus cinta ni? salah siapa?

SEBAB PUTUS CINTA

1. CURANG

- Kajian gua mendapati punca putus cinta yang paling utama ialah CURANG..., curang ni banyak kategorinya.., ada yang kritikal ada yang tak kritikal. so gua rasa korang sendiri boleh nilai sendiri mana yang kritikal mana yang tak kritikal ok..('',)

- Kalau pasangan korang curang jangan tunding jari salah kepada dia seorang sahaja ok.., sila muhasabah diri dan tanya diri sendiri kenapa pasangan korang boleh curang dengan korang..pasti ada sebab..('',)

2. CEMBURU GILA 

- Korang jangan ingat cemburu ni tanda sayang jer ok.., kalau korang punya jeles tu mengalahkan pasangan yang dah sah berkahwin jangan tanya kenapa pasangan korang tu boleh tension dan bosan dengan sikap cemburu buta tu..

- Jangan samakan kenangan korang dulu dengan pasangan korang sekarang.., bukan gua cakap jangan cemburu langsung..nak cemburu tu boleh tapi bertempat dan berpada-pada ('',)

- Dan dengan sikap CEMBURU GILA ini pasangan korang akan CURANG.....hihi

3. KONGKONG 

- Benda ni gua rasa semua pasangan bercinta tau dan saja buat-buat tak tau dan juga tak perasan yang diri sendiri tu kuat kongkong macam kingkong...grrrr

- Kalau zaman sekolah bercinta boleh la kau nak kongkong pasangan kau tu.., nie dah besar panjang kalau kena kongkong bosan la woi.., bukan la gua kata tak boleh nak banyak tanya tapi beragak-agak la ok.., jangan nak kongkong sangat gua lempang kang tau la..hihi

 - Dalam bercinta ni masa dia bukan 24jam untuk kau ok.., bagi dia ruang sikit ok sayang....('',)

- Dan dengan sikap KONGKONG ini pasangan korang akan CURANG....hihi

4. BOSAN 

- Kalau lu orang hensem atau cantik macam mana sekali pun jangan nak konfiden sangat boleh memikat hati pasangan korang 100%.., awal-awal benda tu boleh la nak konfiden tapi kalau pasangan korang dah bosan dengan perangai kau sori la memang dia akan rasa tak best gila..!

-Bosan ni kebiasaannya datang dari pihak lelaki.., bila awal bercinta boleh la nak selalu jumpa sebab korang tengah menggelabah dilamun cinta.., tapi kalau dah lama tu kurangkan la berjumpa dan bergaduh.., kekadang benda ini menjadikan lelaki cepat bosan.

- Selain itu selalu gayut juga boleh mendatangkan bosan ok..perempuan mungkin suka selalu gayut tapi lelaki kalau dah lama bercinta tu dia akan rasa rimas bergayut ni.., yang perempuan pulak menggelabah kata dah lama bercinta dah tak suka gayut tak sayang...derm..!!! woi dah sama-sama sayang bukan beerti kena bergayut selalu..grrrrr

- Dan bila pasangan korang mula rasa BOSAN dia akan CURANG..hihi

* ada lagi sesapa nak tambah..??



Sebenarnya senarai diatas ni kesemuanya berkait.. setiap pasangan yang curang pasti ada sebabnya ok..dan bila dah putus cinta tu jangan nak pangkah sifat jantina seseorang itu sehingga korang boleh tawar hati untuk bercinta.., Kalau dah putus cinta dengan seseorang itu bagi gua tak salah kalau nak sambung balik dengan dia., jadikan kesalahan dulu sebagai pengajaran dan mulakan yang baru..takda istilah ludah jilat balik ok., jangan nak ego sangat gua lempang kang..hehe

-maklumat diambil dari UJANG 

sekian :)

You Might Also Like

0 00 Comments