Tak Sahur
10:18:00habistu family sha sedar tak? sahur tak diaorang? >> diaorang pun tak bangun sahur jugak! haha.. dah kalau sha kate bangun sahur pun ade org kejut mestilah family sha yg kejutkan sha kan? ini tak.. tak de sapa yg kejut sudah tentu tiada sesiapa pun yang sedar --'
entah-entah.. mama tersedar sebab my makcik 'cik as' dan my pakcik 'cik shah' datang nak hantar anaknya.. sebab anak makcik n pakcik shah sha tuu.. mama sha jaga :) (sepupu sha) diaorang hantar pukul 6:30 gitu lah rasanya.. kalau dah kul enam sedar.. memang tak sahur jugak lah jawabnya kan.. apalah nasib :/
sha tak kunci jam ke? KUNCI JAM OK! tapi tak dengar :/ haha.. kesian! sha kalau dah tidur lambat... telinga pun jadi pekak! jam loceng pun tak dengar. bunyi loceng pertama pukul 3:15am. loceng kedua 5:00am. loceng ketiga 5:10am. loceng keempat 5:20am. loceng kelima 5:30am. lima kali phone tu berbunyi. bukan satu1 ye.. dua phone... tapi bile tengok satu lagi phone tu.. rupanya dah koma.. sampai sekarang.. tak hidup hidup lagi --'
so.. hari ni sha puasa jugak :) baru malam semlam sha niat puasa sebulan.. hari ni tak sahur pulak! selalunya lepas sahur sha baru nak niat.. tapi dah niat sebulankan.. buat ape nak niat lagi ;p hehe macam tahu tahu je.. haiya! nak tahu baru pukul 9 pagi dah berbunyi bunyi dalam perut ni mintak makan.. haha.. sabarlah wahai perut ku.. kalau hari ni sha tak boleh puasa.. dah lama sha makan :) kalau hari ni bukan bulan puasa dah lama jugak sha makan.. sungguh aku kepenatan!
ok ini ada sedikit TIP BAGI YANG TERLAMBAT BANGUN SAHUR
makan kurma jelah.. tak kanlah.. kat rumah korang takde kurma.. apalagi bulan puasa ni kan? ianya kaya dengan zat besi tau.. boleh makan bila-bila masa saja.. kerana ia tidak mengandungi kolesterol :)
ade banyak lagi kebaikan kurma ni :) tapi sha tak larat nak taip :/ sorry guys.. ok sha tahu korang pun tahu kurma ni memang bagus untuk dimakan :) so kalau tak sempat tu ambik je kurma makan je jangan ragu-ragu haha ianya untuk alas perut.. daripada korang tak makan langsungkan..
Lafaz Niat Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
korang digalakkan niat puasa sebulan tau.. ianya hanya perlu niat sekali sahaja.. bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa niat! ingat tu..
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
'SAHAJA AKU PUASA ESOK DAN SEHINGGA AKHIR RAMADHAN INI KERANA ALLAH TA'ALA'
Waktu berniat:
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
selamat beramal :) #panjang pulak entry kali ni ek?
2 00 Comments
hahaha ,, tengok mcm akq , tak lmbat bngun pon huhuhu
ReplyDeleteCantik nya blog awak ni...sy tak pandai nk buat mcmni...hihi
ReplyDeleteSalam ukhuwah