Assalamualaikum :) Alhamdulillah.. sebab komputer dah boleh pakai, senang nak update tanpa banyak masalah atau kerumitan. kahkahkah. sejak kebelakangan ni enn.. banyak kerja sekolah yang aku kena siapkan. dan hampir 40% kerja pakai komputer dan internet. buat research, cari bahan, print itu ini lah. semua kerja tu aku buat lambat. aku kumpulkan semua tugasan dan aku buat dalam satu hari je. sebab aku buat tugasan tu kat kedai buku yang ada sediakan komputer dan internet. aku tak nak lah berulang ke kedai tu. segan aku... so bila dah kumpulkan semua tugasan aku siapkan lah dalam satu masa je... ceh.. karang orang tu pelik tengok aku asyik datang kedai dia mesti nak guna komputer ngan internet. tapi tak pelah.
so semalam aku ikut lah rombongan sekolah ke menara Kuala Lumpur and Pusat Pelancongan Malaysia bayaran nak join trip tu hanya RM25. murah dan berpatutan. makan pagi dan tengahari disediakan. tiket nak main aktiviti dalam trip tu dah masuk dalam RM25 tu. kira cun lah, tapi kena jugak bawak duit sendiri kalau tak rugi lah tak beli apa-apa masa trip tu. apasalahnya beli untuk kenang-kenangan. tapi aku just bawak dalam RM45 aku shopping lebih kat KL tower. beli beg pun kawan belanja. aku dapat harga student so kawan bayar lebih aku bayar sikit. dan aku join kawan aku beli ray ban sunglasses yang lawa-lawa. entah kenapa aku tertarik sangat nak beli pun tak tahu. dekat situ aku dah belanja dalam RM20 ringgit tak silap lah. aku bawak duit sikit je, tak boleh nak shopping lebih-lebih.
bila dah sampai kat KL tower tu kita orang pusing-pusing lah dulu kat lobby, banyak kedai souvenir. barang-barang yang ada jual kat situ semua cute-cute. tapi aku tak ada lah nak beli. aku just perhati je dulu sebabnya kat atas pelantar pemandangan tu ada jual macam-macam jugak. dont worries lah! hahaha
selepas round-round de world kitaorang dibawa masuk ke teater mini yang ada dekat lobby KL Tower. kat situ kita orang tengok video orang main base jump pastu tengok video proses KL tower tu siap.
antara aktiviti yang kitaorang buat ialah main benda ni. kat dalam tu ada jual barang-barang macam baju, minyak wangi, jam, handbag, topi, barang-barang perhiasan kereta F1 yang comel-comel. tapi mahal yer, brand yang gempak-gempak gitu, so bagi student macam aku, tak mampu lagi nak beli barang kat situ sebab mahal. ada je minyak wangi botol kecik macam botol minyak wangi attar tu jual RM10. tapi aku tak beli.
tempat last yang kita orang pergi kt KL tower tu adalah kat pelantar pemandangan. kat atas tu aku rasa lama jugak lah dalam sejam gitu. masa kat atas tu aku rasa puas dah berjalan and tengok pemandangan. time pun dah nak dekat masuk waktu zohor. so kita orang gerak pi ke MaTic. and makan tengahari kat sana. lepastu solat kat MaTic tu sekali. tak lama macam tu kat MaTic ada persembahan tarian tradisional gitu lah. kitaorang enjoy and leka tengok persembahan tu dengan baik.
lepastu kitaorang masuk galery kat MaTic tengok lukisan kat situ.. hasil semua dari Khatijah Hashim.
sebelum balik kitaorang ada lah singgah kat kedai coklat yang ada dekat MaTic tu. Coklat kat situ sedap gila. and harganya banyak yang aku tak mampu lah nak beli. tapi ada jugak lah coklat kat situ aku mampu beli. tapi perisa biasa harga sekotak RM10 and coklat stick RM5.10 itu dia bagi discount.. belanja beli coklat kat situ total RM18. and kitaorang pun gerak balik ke sekolah dalam 4;30 petang.
okayy, tamat lah cerita aku. :) terima kasih kerana membaca.
minta maaf kalau keterangan aku dalam cerita ni tak jelas dan tak faham :(